TERAWANG

Ray FL
0

Tertutup mata, hati telah hilang
Bagai burung yang gugur kuasa untuk terbang
Terawang, kaki tak jejak bumi
sayap tak sentuh angin.
Terapung antara tanah dan langit.

Sayap gagah jatuh, terlalu rapuh diratah angin;
kering tak berdaging.
Melayangkannya terawang-awang.
Ikut. Ikut. Ikut.
Kerana sakit;
Melawan arus itu sakit.

Kuasa terbang telah hilang,
tapi gagah lagi untuk menentang
angin yang terang-terang bagi petunjuk;
Angkuh bertongkat paruh.

Silau mata melihat hijau,
Kilau permata di lubuk jauh,
Tertangkap sekadar bayang hitam;
Mata tertutup. Telinga terkambus.

Hati hilang. Minda melayang.
Dosa logika tak akan diampun.
Percaya? Terperdaya? 
Di bawah sedar hidup-hidup kau ditipu.
Tanpa sedar, kau jadi penipu.
Menipu. Ditipu. Tertipu.
Menjadi penipu menipu penipu.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !