BLUES UNTUK RAKYAT ~ LOVEHUNTERS

Ray FL
0

Kelambu usang idaman nyamuk
senang dicabul kawan sesayap
bangsaku masih mengantuk
pagi petang tersangap sangap.

Ini bukan lagu protest
hanya blues untuk rakyat.

Kayuh basikal laju laju
hendak potong motokar depan
orang lain sudah la maju
kenapa kita masih ketinggalan?

Ini bukan lagu protest
hanya blues untuk rakyat.

Blues... untuk yang di tepi jalan
Blues... untuk yang di kelab malam
Blues... untuk yang masih sekolah
Blues, blues untuk yang hendak ke pasar.

Ini bukan lagu protes
hanya blues untuk rakyat.

Istana pasir di tepi pantai
hancur lebur dipukul ombak
kerana leka kita tergadai
kampung halaman mangsa jentolak.

Ini bukan lagu protest
hanya blues untuk rakyat
Ini bukan lagu protest
sekadar bina semangat.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !