Monday, 29 January 2018

GINGER



"Bangun, ada call tu." Suara mak mengejutkan aku dari tidur pada jam tujuh pagi, hari Sabtu. Malas betul aku nak bukak mata, nak tinggalkan katil, tapi sebab aku tau siapa yang call hati aku melonjak gembira dalam kehairanan kenapa dia call pagi-pagi buta cam tu. Malam tadi lepas balik dari rumah dia dalam kul dua pagi, kami sambung bergayut kat telefon sampai tertido. Ni call lagi...  Aku dapat rasakan ada benda tak best terjadi.

"Kau datang sekarang tau. Please. I really need you." Dalam esakan aku dengar suara dia tersekat-sekat menahan sebak.
"OK. OK. Bagi aku setengah jam. Aku sampai."
Terus aku bergegas basuh muka, gosok gigi, siap-siap. Tak mandi. Nak cepat. Sembur je minyak wangi kasi sedap dia cium aku nanti.

"Kau kelam kabut sangat tu nak pergi mana? Malam tadi ntah pukul berapa balik, ni pagi-pagi buta nak merayap lagi." Bapak aku bising. Dia ajak aku sarapan tapi aku tolak.
"Farah. Ada hal sikit. Nak cepat ni, bah."
"Lagi-lagi budak tu. Tak boleh bercenggang." Mak aku menyambung. Aku diam je. Memang tak boleh, Mak. Tak boleh. Hati aku menjawab.
"Tu balik tak tu nanti? Kalau rasa tak nak balik, bawak terus kain baju kau pindah sana terus." Sambung Mak lagi. Aku gelak je. Dalam hati aku cakap, bestnya la kalau benda tu jadi. Dalam diam aku semat harapan dan doa, mintak-mintak masin la mulut Mak. Lagi cepat lagi bagus. Tak sabar dah aku nak kawin anak dara Pakcik Usop dengan Makcik Fatima tu.

Motor aku start kasi warmup dalam 5 minit semetara aku ambik beg isi apa yang patut. Mana la tau dia tak kasi aku balik lagi. So, aku kena ready. Rumah kami tak la jauh. Dulu masa tak de motor aku kayuh basikal dalam 20 – 30 minit. Ni dah ada motor, 5 minit boleh sampai kalau speed.

Pagi tu agak mendung, bekas hujan malam tadi masih terasa. Jalan pon masih lembab. Awan berarak lesu je tapi ada matahari memancar dalam dada aku. Walaupon tangisan dia tadi buat aku tak sedap hati, namun untuk menghadirkan diri di sisi dia dalam apa cara dan waktu sekali pon, aku jadi rasa penuh.

Membelokkan motosikal ke perkarangan rumah dia, aku nampak dia dah berdiri tunggu depan pagar dengan Umi. Lepas parking motor teros aku g kat dia.

“Kenapa?” Wajah Umi dan wajahnya aku pandang silih berganti.
“Ginger… dia dah tak de lagi.”
“What happened?” Terkejut aku dengar berita tu. Terbayang muka comel kucing kale oren yang dah dua tahun kami bela. Kucing tu kami sama-sama jumpa dekat semak berdekatan longkang berhampiran tasik tempat kami selalu dating. Waktu tu kami bertengkar kecil sebab berebut nakkan kucing tu. Aku nak bawak kucing tu balik rumah tapi dia pon nak jugak. Last-last aku mengalah.

“Yela, kau amik la kucing tu. Aku nanti carik kucing lain kat pasar.” Dengan muka bahagia dia peluk aku, ucap terima kasih sebab dengar cakap dia. Aku tau Farah selalu rasa gembira bila berjaya mendominasi aku. Perkara yang sama dia lakukan lagi. Tapi pagi itu bukan untuk mendominasi, sebaliknya minta dimanja untuk membalut kepiluan hatinya. Sambil menangis aku dipeluk. Terasa hangat airmatanya membasahi bahu aku.

“Aku cari dia pagi tadi nak bagi makan. Jumpa dia bawah pokok tu. Kena langgar.” Pelukan dia lepaskan. Umi yang berdiri sama tadi dah pon meninggalkan kami berdua melayan emosi. Dia serahkan tanggungjawab tu kat aku untuk redakan tangisan dan kesedihan anak daranya yang lawa. Awek aku. Kawan baik aku. Gadis yang akan menjadi isteri aku tak lama lagi.

Airmatanya aku kesat lalu kupimpin tangannya menuju ke taman di belakang rumah. Di sana ada Umi, Abah, Pakcik Karim pemandu keluarga dan seorang tukang kebun berdiri bersama bangkai Ginger yang terlantar di atas sehelai kain hijau. Pak Cik Mat bersama sebatang cangkul sedang menyiapkan lubang untuk bangkai Ginger kami semadikan.

Farah menangis lagi. Aku peluk dia. Aku pon nangis sama. Sedih. Tapi aku tau Farah lebih merasakan kesedihan tu sebab dia yang dah jaga Ginger selama lebih dua tahun.
“Sabarla… nanti kita carik kucing lain, OK.”
“Yes, that can be done but I want the person who did this to take the responsibility. It is not fair. She was healthy and good and because of this inhuman person, I lost my Ginger..”
“Hmm, yea, sayang… Tapi kita tak dapat jejak siapa yang buat tu. Sabar la… Aku janji nanti kita cari pengganti Ginger, OK.”
“Takkan sama. She’s so special. Kita yang sama-sama selamatkan dia.”
“Ye, betul… tapi kita kena relakan dia pergi jugak. Bukan dia nak, bukan kita nak jadi camni.” Tangan aku dia genggam kuat. Aku selak rambut dia dan cium dahi dia lagi.
“Kau sakit, aku pon sakit, Farah.” Bisik aku ke telinga gadis yang aku kagumi.

Orang lain diam je dalam suasana mendung pagi tu.
“Dah siap, Dato’…  nak proceed sekarang ke?” Tanya Pak Mat kepada Abah.
“Farah…” Abah datang menghampiri kami berdua.
“It’s time.” Bakal bapak mertua aku menyambung lagi sambal Umi menggosok-gosok bahu anak daranya.
Aku mengekori Farah yang akhirnya berlutut di sisi jasad Ginger yang kaku. Tangan kami sama-sama mengusap lembut kucing itu.
“You gave her a good life, sayang.”
“We rescued her. We did the best for her.”
“Yes, we did. “

Hujung minggu itu aku luangkan masa bersama gadisku dengan membawa dia berehat di Bukit Fraser. Sewaktu berjalan-jalan mengambil angin malam, dia berkata,
“aku tau setiap yang hidup akan mati. Dan aku tau yang ditinggalkan akan lebih merasa sakit daripada yang meninggalkan.”
Langkah aku terhenti mendengar ucapan itu. Kutatap wajahnya yang masih sayu atas kehilangan Ginger.

“Aku takkan buat dua-dua tu kat engkau.” Mata aku dia renung dalam. Bersinar. Bercahaya. Berkaca.
“Neither will I.” Dia berhenti seketika sebelum menyambung, “tapi kita kena tau yang mati tu pasti. Dan salah satu antara kita akan pergi dan ditinggalkan.”
“Jasad sayang, bukan jiwa.”
“Tak. Tak ada siapa boleh pisahkan jiwa kau dan aku.”
"Tak kan ada cinta yang baru. Ni, yang first, second, third and the last."
"Betul. So let's value and appreciate every moment given. I want only you, honey."
"I belong to you and I want no one else but you."
"Aku tak sabar nak kita tinggal sama-sama."
"Aku tak sabar nak carikan kau kucing baru."

Dia tersenyum lawa menyerlahkan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
"What about a dog, hon?"
"Dog.... hmmm well... I would love to but not here. Kita blah dari Malaysia nanti kita bela anjing. Sini payah. Budaya dah jadi agama."
"That's right."
"Yang penting, kita kawin dulu."
"Kawin?"
"Hmm, kawin." Pinggangnya kupeluk.
"Jom..."

Kami pon meneruskan langkah menuju ke rumah yang menjadi rumah kami pada hujung minggu tersebut.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search