dari pengalaman mengalami dan mendalami,
dari jarak dan waktu
menduga setia, menguji janji.
Percantuman itu mendewasakan cinta,
meniupkan semangat suara hati
bahawa,
takdir tak pernah menipu,
bahawa,
kita
Damai ini adalah hasil dari susah payah
meniti hidup dan kehidupan bersamamu.