FATAMORGANA - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

FATAMORGANA

JANJI SATU UJIAN


Kulihat kerakusan dalam ketamakan manusia.
Semuanya tak pernah cukup.
Keluh, mengeluh. Kejar mengejar.
Menyerah. Diserah. Terserah.


Jadi aku sedar, dunia ini;
fatamorgana, metafora,
simile, hiperbola.

Tertipu dalam menipu.
Diburu sewaktu memburu.
Hanyut tika berenang.

Jatuh disaat terbang.
Terbuang bila membuang.
Sudahnya rebah dalam menyembah.

Pages