Saturday, 18 June 2016

RINDU

Kekasih, aku rindu. Terlalu rindu.
Tapi tak mahu tidurmu kuganggu.
Aku tahu kau letih,
selepas beberapa hari lepas berhempas pulas
demi sehelai kertas.

Dari meja tulis ini aku lihat nafasmu turun naik...
begitu ketat lenamu, sayang.
Wajahmu yang damai di sebalik malap cahaya lampu,
buat aku tersenyum sendiri.

Ini hadiah untukmu bila kau jaga nanti.
Aku mahu kau tersenyum,
membaca catatan ini s
ewaktu kau melihat aku tidur lena.

Kekasih,aku rindu.
Bila kau bangun dari tidurmu, peluklah aku.
Redakan kerinduanku ini.

Post a comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search