Aku suka bila kau senyum,
bila kau ketawa, bila kau gembira.
Aku suka bila kau berbicara,
selalunya diselang seli kiasan.
Kau lagukan suara hatimu bagai lukisan.
Keras atau lembut, kata-katamu berlagu
tetap aku suka. Itula kejujuran.
Aku suka bila kau marah.
Bila mukamu bertukar merah.
Atau bila kau merajuk, kau diam
Namun aku tau fikiranmu merusuh.
memanggil namaku dalam renungan,
menyeru hatiku untuk duduk di sisi.
biarpon kalau aku bersuara, kau tetap sunyi,
tapi getar hatimu tak mampu kau sembunyi.
Begitu kuat.Tanpa susah payah,
bergema rasa yang tersirat.
Aku suka bila kau merajuk.
Aku suka jalankan tugas memujuk.
Rajukmu jarangnya lama,
sekadar ingin dimanja.
Aku suka bila kau meminta
kerana aku bahagia buat kau gembira.
Permintaanmu adala kepuasanku.
Kebahagiaanmu adala tanggungjawab aku.
Aku suka bila kita diam
Hanya renungan mata ke mata
Berbicara tanpa perlu bersuara
Tapi pengertian meresap hati.
Aku suka bila kita bercinta...
Asyik, hangat, berjiwa.
Melonjak citarasa.
Mendalamkan sayang.
Terbina persefahaman tulus.
Menyelam kasih yang halus.
Aku suka engkau.
Cahayamu memukau.
Aku suka bila kau rindu,
kau tak pernah jauh dari hatiku.
Walau berabad, walau dekat, walau sesaat...
Aku suka bila kita tersesat.
Macam-macam dapat kita lihat
Rahsia cinta yang kuat.
Aku suka kita.
Bila kita berdebat,
berkongsi minat.
Bercerita tentang semesta.
Tentang apa saja.
Aku suka bagaimana kita
kendali bahtera cinta kita.
Aku suka kau, Farah Hanna.
Dari pandangan pertama
hingga jiwa melihat jiwa.
Aku suka kita tak pilih jalan singkat.
Pengembaraan itu membentangkan firasat.
Jatuh dan bangun perkara biasa.
Kekuatan minda membunuhnya.
Asal tangan selalu menggenggam,
cinta yang tebal takkan pernah
terpadam.
Farah Hanna... wanita jelitaku.
Kekasih unggul pengabadian jiwa.
Kau begitu istimewa, sayang...
Kemanjaanmu melemahkan aku,
Kasih sayangmu tak tertipu waktu.
Kau wanita kebanggaan diri.
Kau pengisi ruang hati.
Terlalu banyak mau kuucap,
biar tahun silih berganti.
Takkan lenyap keghairahan ini
hingga usia dimamah masa,
kau tetap satu-satunya.
Pertama. Terakhir.
Selalu. Tercinta.
Jaga selalu cinta kita, cahayaku...
Seperti hari pertama.
Seperti sentuhan malam pertama.
Seperti hari-hari yang terdahulu,
kita kekalkan cinta yang padu.
Peduli apa mereka nak kata.
Tiada satu kata menjejaskan kita.
Tiada satu kata menjejaskan kita.