Hatiku bersiul gembira bersama nyanyian burung-burung yang turut bahagia dengan kehadiran musim bunga. Siang makin panjang, matahari mula memancar dan malam semakin hangat.

Indahnya cinta, seindah musim bunga. Aku jatuh cinta. Kau buat aku jatuh cinta lagi.
Pelukanmu menenggelamkan aku dalam keasyikan yang dalam hingga aku tak mahu berganjak ke mana-mana. Kau lembut . Kau halus . Kau hangat . Kau mempesonakan . Belaian seorang isteri adalah kekuatan dan kelemahan seorang lelaki. Kelemahan dan kekuatan itu aku perlukan tiap hari kerana bila aku lemah, aku perlukan perlindungan dan bila aku kuat, aku melindungi. Darimu, untukmu, hanya engkau..
Cinta ini menghangatkan tiap musim. Indahnya dunia . Indahnya cinta . Indahnya berkasih sayang. Indahnya ciptaan dan anugerah Tuhan.