Manusia hidup mencari kebahagiaan dan kebahagiaan tu dapat ditemukan di mana-mana. Dalam diri manusia lain, dalam keseorangan, dalam kesunyian, dalam lingkungan kawan-kawan atau keluarga malah waktu bersama binatang kesayangan sekalipon. Tapi mengapa kebahagiaan itu bersifat sementara? Kebahagiaan itu satu evolusi, bersifat continual. Oleh sebab itu makin dicari, makin tak jumpa. Bila kita mengembangkannnya, ia akan membesar, begitu juga sebaliknya bila kita berhenti, maka ia pon mengecil, kecil dan hilang.
Cinta membuat manusia bahagia, betul ke? Betul . Tapi jangan lupa bahawa cinta itu juga merupakan satu tanggungjawab. Apa makna cinta kalau tak ada tanggungjawab? Habis . Hancur . Musnah cam tu je. Disamping memberi tekanan kepada pasangan, ia turut menekan hidup kita sendiri. Siapa yang tak nak hidup bahagia selamanya bersama orang yang dia sayang? Tapi camne caranya nak kekalkan hubungan tu, buat dia merasa macam hari pertama jatuh cinta? Adakah ini mustahil ? Ramai yang mengalami selepas beberapa waktu hidup bersama, perasaan tu mula bertukar. Ada yang jadi bosan dengan pasangan, ada je yang tak kena, seks dah tak sedap, bontot dah tak mantap, tenaga dah lemah, lauk kurang masin, rambut dulu lawa dah jadi cam mak lampir, perangai dulu sopan dah jadi tak senonoh, kentut yang dulunya wangi tetibe jadi busuk, body dulu bergetah dah bertukar jadi ayam gajah, etc. Macam-macam hal dan alasan yang timbul. Hal kecik jadi besar , lama-lama meletup , bercerai-berai. Mana yang ada anak tu pulak, anak-anak la yang akan jadi mangsa kesan jangka masa panjang. Berbalik pada soalan tadi, adakah ia mustahil untuk menjadikan tiap hari hari pertama kita kenal dia?
Nothing is impossible and impossible is nothing.
Apa yang diperlukan dalam membina hubungan harmoni agar ia berkekalan sampai tua bangka, sampai mati?
- Ia bermula dari dua manusia yang kenal diri sendiri. Mereka tau apa tujuan hidup dalam mencari dan mengembangkan kebahagiaan.
- Dua hati yang bergabung menjadi satu untuk mematangkan kebahagiaan secara berterusan. Tak semestinya mendadak, lebih baik secara perlahan, macam menanam biji benih, biar dia bertunas, berputik dan membesar secara alamiah.
Tanggungjawab .- Kejujuran
dalam prosesmencari dan mengenal diri masing-masing. - Percaya.
- Setia
dan ikhlas. - Hormat-menghormati.
- Saling memahami.
- Menghargai
dan berterima kasih. - Maaf-memafkan.
- Kompromi.
- Buangkan sifat ego / pentingkan diri sendiri.
Ini antara common tips yang semua orang tau. Ada banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi benda ni, bukan dipraktik semua orang.
Mengapa orang tua
Cinta adalah persahabatan agung antara dua jiwa yang tak kan mudah dipatahkan biar dicuba apa jugak dugaan. Inila yang kita sebut soulmate. Selisih faham, bertengkar, merajuk, cemburu, sakit hati tu, siapa boleh elak? Lumrah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Aku dengan bini aku pon selalu berdebat, tapi bukan dengan cara ikut ego, ikut perasaan, bukan dengan meninggikan suara, sebaliknya duduk baik-baik, bukak tingkap, buka pintu, bukak mata, berbincang dari hati ke hati. 25 tahun aku dengan dia, mengharung persahabatan, menggeledah selisih faham, mendamaikan cemburu, memujuk rajuk, mengubat sakit hati, menghadap masalah-masalah lain... kenapa masih dengan orang tu jugak aku kekal sedangkan godaan ada kat mana-mana, tapi sikit tak menjejaskan perasaan kami. Mengapa? Sebab dalam menempuh semua tu, kami tak pernah tergelincir dari landasan kasih sayang dan tak pernah lupa pada asas cinta yang sama-sama dibina. Cinta yang kukuh mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri. Tanggungjawab untuk membawa bahagia kepada pasangan, memahami dia, mendengar, menjadi kawan yang baik, juga menjadi kawan baik dan menghargai kewujudan masing-masing juga persahabatan itu sendiri.
Rasa percaya terbit bila kita mampu bersikap jujur dan ikhlas dalam hubungan. Percaya tu, sekali dikhianati, susah nak betulkan dah. Kalau diteruskan makin sakit. Makan hati berulam jantung kata orang. Minta maaf tu memang senang, memaafkan pon adakalnya senang, tapi untuk bina balik rasa percaya tu memang payah. Makan masa dan kekuatan hati. Jadi, sebelum buat benda, fikirla panjang-panjang, jangan main bedal je, esok bini / laki lari kau jugak yang merana akibat pengkhianatan yang kau buat sendiri. Tak baik aniaya orang. Ini yang paling penting dalam menjaga hubungan. Percaya.
Kita mesti selalu bertolak ansur dalam menerima dan memberi pendapat masing-masing dengan hati yang ikhlas. Buat benda dengan hati tak ikhlas memang tak berkat. Kat sini aku senaraikan contoh-contoh petua aku dan dia dalam menjadikan tiap hari sama cam hari pertama.
- Mengenang. Sandarkan semuanya
pada kenangan. Betul,lagu Ogydengan Jamal tu. Bilakita kenangsatu persatu, singkap balik bibit-bibitcinta, kasih sayang tu akankembali membara, menyala-nyala, berbunga-bungadalam hati. Perasaan ponjadi muda,rasa macam remajatengah naik, hormon berebut-berebut nak keluar. Timetu lacinta membuak-buak. Bila mengenang, perasaan ni datang semuladan bila diulang-ulang diteruskan, ia akanselalu kat situdengan kita. Aku kalau biniaku merajuk atau apa je la yang mengusik hubungan kami,aku akan tanya kat dia, "apa yang haruskita lakukan?" Itu biasanya akan buatdia tersenyumdan ciumaku sambil jawab, "kitasandarkan pada kenangan." I heart my wife, very dearly. - Jarak. Kadang-kadang menjarakkan diri
amat membantu bagi menguatkan percintaan. Saat jauhdan bersendirian,kita lebih dekatdan makin fahampada dirikita sediri. Dengan jarak jugakla timbulnyarasa rindu yang dalam. Rindu menguatkan rasa, mengembalikan kenangan yang indah-indah. Disebabkan tugas,selalu kami berjauhan. Kadang-kadang sebulan, dua bulan, tiga bulan. Paling lama 7 bulan. Fuhhhh...memang tak tahan, bro... nak-naklagi zaman kami dulutak ada teknologi canggih cam sekarang ni. Dulu takatada email, chat, surat, telefon. Bill punya mahal. Sekarang semuanya murah, mudah. Tapi, disebabkan jaraktu jugakla,cinta kami makin meledak-ledak. Berbaloi penantian. Bila jumpa balik,memang tak nak keluar bilik. Tapi kalau sebab jarak,kau main kayu tiga, pepandai lakau handle consequencenya. - Menerima
semua kelebihandan kekurangan masing-masing. Tidakmencari kesempurnaan, sebaliknya membina kesempurnaanitu bersama-sama. Takada apa yang sempurnadalam dunia ni. Semuabenda ada defek dia. Cuma carakita memperbaiki defektu yang memainkan peranandalam membentuk kesempurnaan. - Masa berkualiti. Semua
benda bergerakdengan masa. Tanpa menghabiskan masa berkualiti bersama,kita akanrasa lebih jauhdengan pasangan kita, walauponkita dekat secara fikzikal,tapi spiritually,kita sebenarnya jauh. Perkara paling pentingdan paling dituntut oleh biniaku dan amat aku setujuadalah memberi masa berkualiti bersamatak kiradi mana dan bagaimana. Berikutadalah contoh-contohbenda yang kamiselalu buat sama-sama yangdah jadi rutin kami.
- Hobi. Berkongsi minat
dan hobidengan orang yangkita sayang memang satu cara yang baikdan terapi yang sangat efektifdalam sesebuah hubungan. - Muzik
dan seni. Menceritadan mengungkaprasa ada banyak cara. Muzikdan seniadalah salahsatu darinya. - Berdansa. Selain
satu exercise yang baikuntuk kesihatan tubuh, menarimemang satu terapi yang cukup-cukup ajaibuntuk buatkita jatuhcinta lagi dan lagi dengan orang yang sama. Tak caya, try. Menari maksudaku sini bukan menari terkinja-kinjamacam bangangdalam disko, g clubbing, mabuk-mabuk, pekena pil, minum todike apa,tapi menari yangada seni dia. Kat rumahlagi sesuai. Try la tango, merengue, bachata, zapin ke, sumayau ke. Kenal budaya. - Berjalan
dalam hutan, camping, fishing, dekatkan diridengan alam. Mendekatkan diridengan alam dapat menyerap tenaga positifdalam dirikita. Sebabtu kita rasa tenangbila kita berjalan-jalan tepi sungai, tepilaut berbandingberada di tengah kesibukan kotadan orang ramai. - Haiwan peliharaan. Bagi kami yang
tak mampuuntuk memiliki zuriat sendiri, haiwan perliharaanla penggantinya. Sama camada anak, buat yangtak ada anak, haiwan peliharaanadalah pengeratkasih sayang. Sebabkan mereka, anak-anakdan haiwan kesayangan,kita akanmenjadi lebih bertanggungjawab. Keselesaandan keperluan mereka lebihkita utamakan. Oleh sebab itu,kita berganding bahuuntuk menjamin kebahagian mereka,untuk kita sekeluarga, demi masa depan bersama. - Meditasi. Ikut kepercayaan masing, buatla apa jenis meditasi bersama. Try telepati. Ni
memang favouriteaku dan biniaku. Benda ni kami praktikkan sejak tingkatan tiga. - Sering berbincang tentang apa jugak perkara. Straight to the point, bersikap terbuka,
bertukar fikirandan pendapat. Pendek katatak ada rahsia. Bilakita benar-benar cintakan pasangan kita, berkongsi rahsia bukanlahsatu benda yang payahuntuk dilakukan. Berahsiadengan pasanganadalah punca syakwasangkadan keraguan. Initak sihat sebab dari situ nanti wujud ketidakjujuran, pengkhianatandan yang sewaktu dengannya. - Melawat bukan melancong. Melawat tempat-tempat yang
tak bernasib baik, negara-negara miskin, menginsafi kekurangan mereka dapat membantukita mensyukuri apa yangkita ada. Berkongsi pengalamantu dengan pasangan dapat memupuk keperibadian, berkongsi apa yangada untuk membantu. Kepekaandan kasih sesama manusia yang dihulurkan kepada yang laintak kira siapa atau apa akan terpantul semulake dalam diri, dinikmati bersamadia yang turut mengalami. - Lupakan tentang material. Kebahagiaan sebenar bukan terletak
pada material,tapi spiritual. Cukupdan syukurdengan apa yang ada,tak payah nak kejar dunia,kita takkanpernah puas kalaukita kejar dunia. Bila kejar sangat dunia ni,kita lupapada pencarian awalkita. Keluarga terabai,kasih sayang pon layu sebab lekadan sibuk cari harta dunia yang takkanpernah cukupdan tak akan kekal. - Masak sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Bangun sama-sama. Mandi sama-sama.
- Seks. Kerjasama paling ajaib
bila kenadengan caradan seninya. Bukan main belasah je. Perempuan sangat sensitifdan merekaamat menghargai sentuhan lembutdan foreplay. Lagi lama foreplaylagi bagos,lagi mengghairahkan,lagi besar orgasm yang akan menyentuh keseluruhan fizikaldan spiritual masing-masing. Dalam seks jugaperlu ada perbincangan, tentang apa yangkita suka, apa yang lebih merangsang, apa yang buatkita turn off... bincang hatike hati. Pillow talk, erotic massage, kamasutra,semua tu dapat mengeratkankasih sayang dan cinta. Seksitu indah, suci. Seks bukan penyatuan tubuh semata-mata,tapi adalah penyatuan hatidan jiwa. Kepuasan sebenardalam seks bukan sekadar memenuhkan permintaan nafsu,tapi mencapai orgasm bersama yangbermula dari tubuh, meresapdalam jiwa hinggake akar-akarnya.
Bergantung pada kegemaran dan compatability antara korang dan pasangan korang, luangkanla masa bermutu dengan dia yang korang cinta. Pasal bagi hadiah ke, bagi bunga ke, celebration ke apa, tu ikutla kreativiti masing-masing.

Kesempurnaanitu dibina, bukanuntuk dicari. Cintatak datangtiap hari. Hargailadia yangmenghargai kita.