kerana sumpah tak bererti
andai hanya tiupan nafas.
tanpa sebab, terkurap dimungkiri
sewaktu janji memanipulasi hati.
tak perlu bermadah cinta
kerana cinta tersasar implikasi
apabila diurai di tepi cangkir.
Percaya, itulah kekuatan, usah rosakkan.
Satu kerugian, saat kehilangan.
ia bermula bukan untuk dipalsukan
bukan untuk menyudah sensasi.
selama masa memegang kunci,
Aksara dipersoal, emosi diputar,
nisbah kesediaan, membelok akal.
Posisi konstan, itu pokok
Biar tebal, biar tegak
tiang bukan binaan garam,
Berdustalah kalau tiada endemis,
kecuali hakiki itu persis.