MY ANGEL

Ray FL

Kusalut dirimu dengan cinta kasih
Agar kau faham harganya
Kubalut hatimu dengan jujur setia
Agar nilainya kau hargai
Bukan kerana aku adalah pencinta unggul
Bukan juga kerana kaulah bidadari dunia dari syurga
Yang dihantar untuk aku hargai setiap keindahan
Walau sebesar gunung atau sehalus kuman.

Keindahan,
Kaulah erti bagi setiap keindahan
yang aku lihat, kudakap dan kukecap.
Takdir menyatukan kita untuk sama-sama mempotretkan
keindahan itu dengan tangan kita, 
dari jiwa yang merasa getarnya.
Mungkin tidak sempurna tapi berbekas di hati.

Tiap kekurangan itu mengajar kita untuk lebih menghargai.
Dan setiap hari kita melihat perubahan
walau sehalus zarah atau sebesar bintang,
penghayatan kita iringkan bersama setiap satu peristiwa.
Terkesan di hati.

Sayang
jangan pernah menutup bibirku 
dengan jari telunjukmu bila setiapkali lagi, 
mahu aku ucapkan 
Terima Kasih.

Terima kasih Farah Hannaku,
kerana menjadi sebahagian aku.
Aku cintakan kau, sahabat.
Kau bukan bidadari dunia atau syurga
Tapi engkau adalah bidadariku, 
dunia akhirat.
www.introversi.com

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !