Mendakap Engkau

Ray FL


 

Lepas kau berangkat, memang tak tentu arah hidup aku. Bila malam, bila sorang-sorang... rindu kat kau buat aku mengeluh. Aku cuba carik jawapan mengapa kesannya camni sekali bila kau pegi. Tiap tempat yang pernah kita pergi sama-sama aku nampak kau, terasa kewujudan kau, senyum ketawa kau... Tempat fav kita, semua tempat ada kenangan yang kita tinggalkan. Aku tidur dengan t-shirt yg kau tinggalkan untuk aku. Mana aku pergi aku bawak. aku cium t-shirt tu, perfume kau, bau kau, buat rindu aku makin dalam. Rindukan gelak ketawa kau, gurauan kau. Rindu bila berdebat dgn kau, bertukar fikiran. Tak ada perempuan yang penah dan akan lengkapkan aku macammana kau lengkapkan aku. Aku cuba jadi orang lain untuk lupakan apa yang aku rasa, aku keliru, aku hilang arah dan punca... Cuba nak terangkan kat kau, tapi aku rasa kau bahagia dengan hidup kau... Kau boleh dapat sesiapa je yg kau nak, kau cantik, pandai, ramai yang boleh offer kau cinta. Pandang balik diri aku, tak ada apa yang boleh aku banggakan untuk aku bagi kat kau. Tapi siapa yang boleh tipu perasaan?

 

Takde siapa boleh tipu perasaan walaupun kita ingat kita dah berjaya, akhirnya diri kita yang terjerat balik. Pernah terlintas kat fikiran aku yang satu masa nanti kau dan aku akan duduk bersama lagi sambil mengenang balik masa lalu. Dah tentu ada akan buat kita ketawa, ada yang akan buat kita menangis... Tapi untuk kali itu nanti, kita akan menangis tangisan gembira. Selalu aku yakinkan hati dengan ini. Sayang, kau adalah perkara terindah pernah terjadi dalam hidup aku. Pertama kali aku nampak kau, hati aku dengan rela terbuka. Aku usaha untuk dekat dengan kau. Semakin mengenali kau buat aku semakin sayang dan kagum. Aku tak pernah terfikir yang benda ni semua adalah cinta. Yang pasti, kau dah penuhi hari-hari aku dengan kasih sayang sejati, yang tak pernah aku rasakan dan bila kehadiran kau hadiah aku rasa ni, tak ingin aku rasakan dengan sesiapa yang lain kecuali engkau. Aku simpan cinta untuk kau sekian lama... Aku menangis, aku ketawa, aku jatuh, aku bangun... Aku tidur aku jaga... Hati aku hanya mahu mendakap engkau.

 

"Love is when two hearts understand that laughter and tears are shared hand in hand. You complete me, that tells a lot."

 

"My darling, I have loved you, for so many years."

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!