Sekali pandang terkeliru
sentuhan pun mula menipu
Mahu dipanjangkan tapi kacau
bukan tak cukup terang untuk menghapus gelap
bila minda dibiarkan terperkosa
oleh jeritan tak tahu mana mula
tapi berkobar mencari hujung.
Terinspirasi, datang sinar lagi
beransur perlahan malap
datang dengan kelajuan cahaya
tapi sedikit bias tak berjaya ditangkap.