Sembilan Belas

Ray FL

DIA :


Kali ni kita akan celebrate anniversary kita yg ke 19. Banyak aku nak buat dengan kau. Banyak perancangan, kasih sayang, rindu, kata-kata, lagu, lukisan, semuanya. Tanpa kau aku tak kan mampu capai semua ni dengan penuh terinspirasi.
Tak percaya akan kewujudan seseorang boleh menjadikan kita diri kita yang kita sendiri tak sedar akan kewujudan kita dalam diri kita. Kau buat itu untuk aku. Terima kasih, sayang. This is incredibly special.
Semua waktu yang pernah kita rentas bersama dan untuk seterusnya, waktu dah menjawab semua persoalan yang tak pernah ditanya. Kita diuji tanpa kita tahu, bila kita tersedar, ujian itu telah pun kitalewati dengan sempurna.Aku cintakan kau, sahabat. Menjadi kesayanganmu adalah perkara terindah dalam hidupku. Mencintaimu adalah sesuatu yang gembira aku lakukan tanpa ragu.

 

AKU :

Kau definisikan gembira dalam hidup aku dari metafora ke metafora, realiti yang tak akan ada mampu menduplikasi. Kau tetap prima, masih dan selalu. Pertama. Aku pernah cuba buat salinan, tapi semuanya imitasi. Cuba cari gantian tapi semuanya halusinasi. Mindaku perlukan stimulasi. Hanya engkau yang pakar dalam bidang ni.
Kita dijuji dari waktu ke waktu dan ujian tak akan berhenti sehingga tarikh luput. Ujian itu sempurna kerana kita tak pernah rasa terbeban dengan derita, cuma kadang-kadang tersadung dalam rindu... biarpun rindu sukar menjelaskan maksud, tapi rindu selalu mendalamkan rasa. Terinspirasi dengan kewujudan engkau selama ini, aku bangga menjadi ilhammu. Dulu, rasa ini satu kekeliruan. Kekeliruan yang membawa erti keindahan, semulajadi, tulen. Kau deliriumku, yang terindah, yang keliru... Kecelaruan yg membawa aku ke dasar kewujudan diri sendiri. Satu analisa yang panjang sebelum semua rasa kita satukan. I love you, my precious.


 

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!