Teman Polifonik

Ray FL


Bila
cinta kurindukan
engkau selalu di sini
Sedia untuk disentuh, dibelai
memberi semua yang kumau.

Bangga engkau bila jari-jariku membelai tubuhmu
Lemah engkau dalam rela dipujuk pelukanku
Jujur memberi, ikhlas menerima selalu memahami
melengkap suasana.

Di tubuhmu aku bermain kucumbu, kurayu
Kuelus penuh ghairah

Terpacu antusiasku didorong getarmu
senada beralun dengan sentuhanku.
Merdu.
Kau dan aku mencipta melodi indah
Aku tak akan pernah lelah mendukungmu disetiap langkah.

Denganmukecewa terpadam dari tatabahasa
Kompromisi asasi tanpa perlu hujah
yakin dan percaya pada naluri
bahawa cinta itu luhur
Cinta itu satu
Cinta itu melodi dan lagu.
Cinta itu kau dan aku.

Kau tak pernah merungut bila aku pulang lewat
Kau tak pernah merungut bila aku sampai cepat
Setia untuk disentuh, 
Waktu bukan sempadan
Antara kau dan aku, hanyalah kebebasan.

Memori indah tercatat dalam nada 

Harmonikan rasa dengan warna 
merah, kuning dan biru
Terlukislah rindu
Ini cinta kita, dunia kau dan aku,
Ini hati kita, yang rasa, hanya kita.

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!