KISAH SEJUTA RINDU - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

KISAH SEJUTA RINDU

JANJI SATU UJIAN


Semalam, biarkan ia datang dan pergi
Hari ini, kan terjadi sekali lagi
Juga esok, tak kan siapa dapat menghentikannya
Begitu berpusing dunia.

Semalam, aku menggenggam tanganmu
Hari ini, kau masih menggenggam jariku
dan esok tetaplah kukuh pegangan tangan,
jangan dilepaskan.

Masa menjalin cinta mesra
kian membara di hati kita
resah menjadi rindu membaluti hatimu dan hatiku.

Semalam, kita masih lagi bersama
Hari ini, untuk esok dan selamanya
Kita simpan kisah sejuta rindu dalam hidup
Kisah aku tertaut padamu.

Kisah sejuta rindu
Perjalanan panjang, pengembaraan jiwa,
Destinasi adalah kita.


No comments:

Post a Comment

Random Posts :

Pages