TERATAIKU SAYANG


Ke manakah terataiku pergi tanpa sebarang kesan?
Terataiku sayang...

Engkaukah yang telah bermukim
di segenap pelusuk hatiku?
Tak pernah berpisah.

Terhempas harapan ingin hidup bersama
Teratai pujaan layu di dalam genggaman
Jatuh berderai berserakan.

Teratai kaulah cahaya
hidupku kini tak bermakna
Apa pun jua alasanmu
Kau pergi tanpa relaku.

Teratai kau kenang
walau di mana adamu
Tak kan sudah rintihanku
selagi tak dapat bersamamu.

Teratai di hujung desa
masihkah dapat kita bersatu?


TERATAIKU SAYANG TERATAIKU SAYANG Reviewed by Ray FL on Tuesday, November 21, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.