RAHSIA RASA CINTA - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

RAHSIA RASA CINTA

JANJI SATU UJIAN


Puas sudah aku mencarimu
dalam rindu berselimut pilu
hanyalah namamu kusebut selalu.

Pada sinar matahari
kucari bayang-bayangmu yang hilang
bagaikan kaca ditembusi cahaya.

Di manakah hakikatnya cinta?
Di mana engkau, di mana kau berada?
Kuselami diriku ini, bertanya kepada hati
Katanya engkau di sini, kekasih.

Kau lihatlah sekeliling di dalam cinta yang satu
di situ pasti bertemu rahsia rasa cinta.

Sesaat bersua engkau akan pasti terkenang
Di situ pasti bertemu rahsia rasa cinta.

Engkau yang kusebut selalu
hadir di dalam setiap mimpiku
membawa sinarnya bintang dan bulan.


Random Posts :

Pages