Hanya Satu Nama

Farah Lye Yusoff
0


Hanya satu kata, hanya satu nama
terukir indah di sanubari, ditenggelami kasih suci.
Hanya satu harapansatu impian menggunung
Kusemai dalam jiwaku, 
tak mungkin ada selain cinta darimu.

Walau berkurun cinta dalam hati
tak akan kutukar ganti dengan yang lain.
Kerna tak mungkin ada satu teristimewa
hanya engkau yang pertamaengkaulah yang terakhir
aku tahu... ku tak mahu cinta selain darimu.

Hanya satu wajah, hanya satu kisah
tersemat di hati sejak mula, kini, tiada berakhir.
Hanya engkau yang kutemukan
tak mungkin kukorban cinta untuk miliki selain engkau.

Aku pasti cinta ini akan kekal abadi
Biar nyawa terpisah jasad menangis.
Tak kan aku gantikan dengan cinta yang lain
kerana cintamu cukup untuk menampung jiwaku.

Andai terpaksa hidup sendirian,
tak mungkin kusepi
kerana engkau dalam hati
memberi kekuatan yang kuperlu.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!