SEMINGGU JADI DUA (DIA BUKAN SESIAPA)

Lagu ini tercipta pada tahun 1994, salah satu antara lagu-lagu terawal yang aku tulis. Terhasilnya lagu ini adalah akibat Farah telah mengguris perasaan aku bila dia diam membatu selama sebulan, selepas kami menyertai sebuah kem anjuran pihak sekolah, di mana dia telah gagal mengawal perasaan cemburunya bila aku 'berkawan' dengan seorang budak perempuan lain yang cuba untuk 'berteman tapi mesra' dengan aku.

Peristiwa itu bagaimana pon telah memberi kesan terhadap jiwa remaja kami, menyedari hakikat kehadiran cinta yang semakin kukuh berakar dalam hati dari benih yang kami semai dari sebuah persahabatan suci dan murni.


Aku akui, aku rasa begitu kehilangan bila Farah tidak mengendahkan aku selama tempoh dia merajuk. Dan tak mampu aku nafikan perasaan sayang terhadap dirinya kian tebal dan mendalam, sebuah kasih sayang yang lebih dari cinta.


Ini untuk kau Farah. Pernah aku rakamkan dulu guna kaset, aku bagi engkau buat peneman waktu berjauhan. Sekarang aku rakamkan lagi dan aku simpan kat sini, supaya dia tak hilang atau rosak lagi macam kaset yang pernah aku rakamkan buat kau dulu.


Aku sayangkan kau dan cinta ini tak akan berakhir, biarpon dunia tiada lagi bernyawa.


SEMINGGU JADI DUA (DIA BUKAN SESIAPA) SEMINGGU JADI DUA (DIA BUKAN SESIAPA) Reviewed by Ray FL on Saturday, May 13, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.