NYAWA MIMPI - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN


Terharu menyaksikan kesetiaan 
tangis syukur yang panas
mengalir dalam alunan,
perdengarkan bahagian-bahagian kecil harapan
tiupkan nyawa ke jasad mimpi.


Sampai gementar bertukar getar
menyusup, merenangi pembuluh darah
Diusap, didakap, dikucup, dibelai
tiada garis mula dan tamat
tiupkan nyawa ke semua mimpi.
Hiduplah ia, tanpa pernah mengenal
perkataan mati.


Random Posts :

Pages