SENTUHAN


Berkocak hatiku kerinduan
selepas malam itu menyaksikan 
cinta kita bersatu
dalam nada, dalam irama, dalam lagu.
Dalam tarian, atur gerakan,
warna dan lukisan,
bertaut sentuhan.

Hangat,
cinta dan asmara berpadu
terpadamlah sendu dan keliru
gelisah tumpas melawan bahagia
Airmata tumpah bukan nestapa.

Kupegang erat, tak mungkin kulepas
Dalam hujan, dalam panas,
Kerana sentuhan itu,
satu, yang pertama
Satu, tiada dua.
Dan yang pertama adalah untuk selamanya.


SENTUHAN SENTUHAN Reviewed by Annie Ray Yusoff on Sunday, January 01, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.