SEBELUM ENGKAU


Sebelum engkau,
aku lebih selesa tinggal di rumah sewa.
Naik keretapi pergi dan balik kerja.
Aku tak hirau tentang harta benda dunia.
Aku sibuk mengisi jiwa.
Bagi aku harta dunia tak ada makna.
Kereta mewah, rumah besar,
kalau jiwa kosong apalah ertinya?

Sampai aku terlupa betapa bertuahnya aku.
Diberi kesempatan dan waktu
untuk mencapai mimpi dan impian
Cita-cita yang kusemat dah jadi kenyataan.
Tapi mengapa aku tak mensyukuri nikmat hidup yang diberi?
Mengapa rela jalan kaki bila mampu beli lori?
Aku ada alasan tersendiri.
Harta dunia tak boleh dibawa mati.

Tapi bila kenal engkau
Bila cinta dah bertahta...
Baru aku sedar...
Aku perlu ada rumah sendiri
Aku perlu ada kereta yang selesa
untuk kemudahan si isteri dan bakal anak-anak kami.
Semua yang kupunya kini dah kujumpa
tempat yang sempurna untuk dikongsi.

Aku gembira.
Aku mahu gunakan semua yang aku ada
untuk kebahagiaan kita.
Untuk kau, untuk aku dan masa depan bersama.

Dan aku sedar...
Dalam kesibukan mengisi jiwa
Sebenarnya aku masih kosong
Ianya hanya terisi setelah sinarmu menerangi duniaku.
Kau menyedarkan aku tentang keseimbangan
Antara nikmat dunia dan kenikmatan syurga.

Katamu,
"Syurga ada di sini.
Di dalam hati,
untuk dibawa bila tiba waktu kembali."

Dan aku berterima kasih untuk itu.



SEBELUM ENGKAU SEBELUM ENGKAU Reviewed by Ray FL on Saturday, December 10, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.