PERLAHAN TAPI PASTI


Dalam engkau aku temukan
Sebahagian dari aku yang hilang
Sebahagian diri yang belum kujumpa.
Pernah dulu aku cari dalam keliru,
membawa aku ke tempat-tempat yang tak kuperlu.
Jatuh dan terluka, aku mencari lagi
hingga hati menjadi letih dan lesu
lantas pencarian aku hentikan.

Dalam kedamaian merenung horizon,
kehidupan kuamati satu persatu.
Hati pun menyapa waras,
terpanggil untuk menerima hakikat
bahawa sepi itu indah
sunyi itu teman setia dalam meneliti diri.
Aku bahagia dengan kesendirian.

Dalam samar horizon, 
terlihat bayangan masa depan
bersama hadir wajahmu.
Tidak aku berikan nama,
Kubiarkan waktu menamakannya.
Ternyata tanpa pencarian ia datang,
Perahan, tapi pasti.


PERLAHAN TAPI PASTI PERLAHAN TAPI PASTI Reviewed by Ray FL on Thursday, December 15, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.