MENYAMBUT DESTINASI


Kunanti peristiwa 
yang bakal menjadikan hari ini
permulaan bagi sebuah kisah,
buat kau dan aku,
Hanya beberapa jam lagi.

Jantung berdetak seiring waktu
Kurasa satu demi satu
Getar dan gementar berpadu.
Anganan mengisi kabut rindu,
yang bakal berakhir dan bermula,
hanya beberapa jam lagi.

Kerinduan yang dipendam sekian lama
Bakal diurai dengan hadirnya hari ini
yang pasti saja menjanjikan kerinduan yang lebih hebat,
resah yang maha dahsyat,
perangsang tanpa sekat,
keghairahan penuh nikmat.

Hanya beberapa jam lagi,
aku dengan setia menanti
bersama hati, jiwa dan raga yang sedia
menyambut destinasiku,
takdir yang telah dijanjikan 
buat kau dan aku.


MENYAMBUT DESTINASI MENYAMBUT DESTINASI Reviewed by Ray FL on Tuesday, December 13, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.