Kembali Ke Tanah

Ray FL

Ruang ini bukan lagi semalam
Lagu airmata pun dah tak berkumandang
Pedih, sedih, terhiris semua dah berlalu
Hari ini adalah untuk berterima kasih
kepada semua kesedihan itu.

Kadang-kadang hidup memaksa menelan pedih
Hati mendorong mulut untuk ,memaki, 
kemudian cuba menghumban
Masa menyedarkan diri bahawa pahit dan perit itu
adalah penawar dugaan hidup.

Semalam,
Hari ini berterima kasih
untuk pilu yang kau hadiah
Kerana tanpa kepiluan 
Hilang dan sesatlah manusia dalam pencarian.

Berlari, jatuh dan berdarah
sampai muka mencium tanah
Lalu bangun dengan kekuatan 
yang dipunggah dari sisa-sisa kehancuran.

Kaki semakin padu memijak bumi
Harum tanah menusuk deria bau
Sejenak pejamkan mata, tunduklah lagi
melihat tanah menyerap airmatamu.

Satu hari, di situ kita kembali.
Pasti.

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!