IKATAN - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN


Mengenali engkau,
menjadikan aku diri aku yang sebenar.
Belenggu sepi yang mengikat sunyiku pada kenangan lalu
telah kau cantas, kau uraikan dengan kasihmu.

Dulu aku menolak hakikat,
namun hadirmu membuktikan
betapa kenyataan yang terpamer perlahan-lahan
mampu membuka hati
untuk mendakap sinarannya dengan fikiran yang sihat.

Pertemuan ini adalah untuk kita renungkan bersama
erti ikatan yang telah dijanjikan buat kita.


Random Posts :

Pages