BABAK CINTA TERAKHIR - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

BABAK CINTA TERAKHIR

JANJI SATU UJIAN


Bukan kerana sunyi aku terbuai mimpi
Bukan kerana bosan aku mencipta angan
Bukan kerana kecewa aku mencari cinta
Bukan kerana pilu aku memburu rindu.

Tapi kerana engkau.
Engkau yang ada di situ
Sewaktu hati telah bersedia
Untuk menghidupkan babak baru,
Babak cinta terakhir
gempar rasa tulisan sanubari
cetusan asmara memunggah ghairah
kau dan aku.

Kita perlu masa
berapa lama pun sanggup aku taruhkan
biar rindu jadi padat
pelukan rasa bertambah erat
kesetiaan diikat kuat-kuat
pengertian dengan kemas kita semat.

Babak cinta kita,
biarkan ia berakhir tanpa penamat.


Random Posts :

Pages