ASMARA By SOFEA IBRAHIM - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

ASMARA By SOFEA IBRAHIM

JANJI SATU UJIAN


Wajahmu...
Di mataku, sebelum tidur membawa mimpi
Bermain di fikiran, ingatan, kenangan
Mencipta rindu di relung harapan.

Wajahmu di mataku...
selepas mimpi bertukar pagi
Ciak miak burung bernyanyi
Seperti hatiku yang berlagu rindu,
Menghembus doa untukmu.

Wajahmu,
dipejam dan celik mataku.
Bersama degup jantung
dan denyut nadi berdetak seirama,
Mengalir asmara di seluruh tubuhku.

-Sofea Ibrahim
Dec 2016.

Random Posts :

Pages