SEMALAM BUKAN ENGKAU - JANJI SATU UJIAN
UNTUK DIA YANG TERINDAH

SEMALAM BUKAN ENGKAU

JANJI SATU UJIAN


Kuharung duka semalam
bersaing sendu dengan ketawa
Dibalut sepi dalam kelam,
aku yakini ada sinar kan mewarna
Gelapnya jalan yang kususur
Melewati sempadan-sempadan hancur
Rebah aku di tanah yang kupijak
Bersujud, meratap syukur.

Kalaupun bukan semalam
Namun hari ini bahagia itu pasti
Kalaupun bukan esok
Bahagia kucipta hari ini.

Semalam bukan engkau,
Hari ini kau di sini.
Untuk malam nanti, esok pagi
Dan hari-hari yang berganti,
Retak hati yang berserakan
Kini bercantum kembali.

Aku pasti, langkah ku terhenti
di tempat yang telah dijanji.
Semalam bukan engkau
Hari ini, engkau bukan keraguan
Untuk esok,
Bahagia terus kita ciptakan.



Random Posts :

Pages