LENYAP


Malam tadi aku bermimpi
Ada semut hitam, 
Menghurung seekor burung 

yang hampir membangkai.
Ramai-ramai diheretnya burung itu ke busut
Burung itu cuba kepakkan sayap
Dia cuba terbang,
Tapi aku terjaga dari mimpi
Burung hilang, semut pun lenyap.
Yang tinggal hanya busut di luar tingkap.




LENYAP LENYAP Reviewed by Ray FL on Wednesday, November 30, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.