KESAN


Renungkanlah, biar berjuta kali pon
Satu rasa takkan berubah
Destinasi yang satu tak terlencong arah
Gagah melangkah
Biar terkadang pedih, ada masanya sedih
Ada waktunya muram.
Semua itu sementara
Lumrah hidup tiap insan.

Senyum dan tawa kembali semula
Jauh-jauh melontar gundah.
Bila dikongsi penuh penghayatan
Berbaloi memperjudikan
Sabar, yakin, percaya.

Kerana cinta sejati itu
Terasnya adalah persefahaman
Kejujuran memimpin setia.
Setia pada rindu.
Arah tidak beralih
Kekuatan melawan angin
Menetapkan pelayaran ke destinasinya.

Perjalanan meluaskan pandangan
Kedewasaan menjadi lambang
Bahawa pengalaman lebih berharga dari permata.
Jutawan terkaya sekali pon tak mampu membelinya;
Kenangan dan pengalaman.

Akhirnya sampai kita dengan selesa.
Alhamdulillah.
Cintaku hanya sekali.
Hanya engkau.
Farah.

KESAN KESAN Reviewed by Ray FL on Thursday, July 14, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.