GELAP


Dalam gelap pasti ada terang.
Diuji ketiadaan cahaya.
Seperti bintang,timbul hanya dipekat malam.
Kerdipannya tak terlihat diwaktu siang
kalah dicerah matahari.

Indah, seperti kilau mutiara
menjadi keasyikan manusia.
Terpegun pada pesona alam.
Kuasa yang mengatur setiap pergerakan
di bumi hijau, di hamparan angkasa.

Di situ wujud manusia-manusia leka.
Ada yang yang peka.
Ada yang mencari jiwa.
Ada yang memuja dosa.

Sedang di langit, kemisterian berputar.
Ada manusia yang ingin tau
Banyak yang tak peduli.
Malah ramai yang tak sedar,
Lantas tersasar.

Terseliuh tengkuk mendongak langit,
hasrat mencapai bintang
Jasad terapong meronta-ronta.
Tak jejak bumi, jauh sekali melayang ke bima sakti.

Di tengah-tengah, melihat ke bawah dia takut.
Mendongak ke atas, dia kecut.
Kecut oleh kegelapan yang luas.

Bumi ini, pijaklah ia,
rasakan lembut dalam padu,
Hidu bau segarnya.
Berbaringlah agar tak terseliuh tengkuk.
Agar dapat menghayati misteri angkasa
Temukan jawapan...

Bila hadir matahari,
Segerombolan manusia merasa bahang
tetap antara mereka menghirup lega.


GELAP GELAP Reviewed by Ray FL on Tuesday, July 12, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.