TUKAR JANTINA : KISAH NORMAN


Sex Reassigment Surgery, sejauh manakah keberkesanannya? Andai ada pembaca yang berfikir untuk memulakan hormon terapi seterusnya mengambil langkah lebih ke hadapan dengan melakukan pembedahan, fikirla sedalamnya. Secara peribadi, penukaran jantina tidak akan mengubah apa-apa selain menjadi topeng untuk menyembunyikan kepedihan yang dialami. Bercakap melalui pengalaman sebenar dengan individu yang mengalami kesulitan selepas proses pembedahan, terbukti betapa dasyat kesan dan kesakitan yang ditanggung, baik dari segi mental mahupon fizikal. Melihatnya saja dah menimbulkan kengerian, apatah lagi bagi yang melakukan.

Kes Norman (bukan nama sebenar) aku ambil untuk dijadikan iktibar buat adik-adik yang teruja nak bertukar. Ia merupakan salah satu dari puluhan kes yang melibatkan kedua transgender, lelaki dan perempuan.

Pada usia 20 tahun Norman membuat keputusan untuk melakukan transformasi. Tekanan emosi yang dia alami telah mendorong dirinya melakukan beberapa percubaan membunuh diri dengan cara memotong urat pergelangan tangan, mengambil pil tidur secara berlebihan dan Norman juga pernah cuba menggantung diri.

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, Norman memberitahu, hidupnya penuh dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapanya. Dia merupakan anak ke dua dari 4 beradik. 2 lelaki dan dua perempuan. Sewaktu kecil, tiada apa yang aneh dirasakan Norman, dia mengakui dirinya hingga awal remaja, seorang budak perempuan normal seperti yang lain. Tiada masalah tentang kecelaruan gender, yang kini pada anggapannya, mungkin waktu itu dia masih belum mengerti apa-apa tentang transgender.

Norman mengakui, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pernah melakukan hubungan seks bersama pasangannya buat pertama kali diusia 15 tahun. Hubungan itu bagaimanapon tidak kekal dan dia menemui pengganti, juga seorang lelaki, selepas itu. Bagaimanapon, Norman mengatakan bahawa dia tidak menikmati hubungan seks bersama ke dua pasangannya, membuatkan dirinya tertekan dan kerap melakukan mastrubasi.
Hingga akhirnya pada usia 17 tahun, Norman merasakan perubahan emosi dan mula tertarik kepada perempuan. Dia menceritakan hal ini kepada keluarganya. Tiada siapa dalam keluarganya yang menghakimi, malah mereka memahami kecelaruan Norman dan memberi sokongan terhadap apa juga yang ingin dia lakukan.
Di sekolah, Norman jatuh hati pada seorang gadis bernama Bella. Malangnya, perasaan yang disimpan terhadap gadis itu tidak berbalas. Peristiwa yang menghancurkan jiwanya membuat Norman merasa sangat terhina. Sejak dari itu Norman mula mengubah penampilan. Dia mahu menjadi lelaki.

Selama beberapa tahun, Norman melabelkan dirinya sebagai butch dan dia pernah mempunyai beberapa orang teman wanita yang kebanyakannya hanyalah one night stand. Memikirkan masa depan, Norman mahukan sebuah hubungan yang kekal. Satu demi satu wanita datang dan pergi, memberi kesan terhadap emosi Norman.
Tekanan yang dihadapi  mengakibatkan hidupnya menjadi sengsara. Dia waktu itu, setelah tamat persekolahan, masih tinggal bersama keluarga kerana tidak mampu untuk hidup sendirian selepas percubaan membunuh diri. Satu hari, kawan rapatnya, Hans, seorang butch, menasihati dia untuk mendapatkan rawatan psikologi.

Selepas begitu pasti, Norman akhirnya menerima surat pengesahan dari pakar psikologi yang merawatnya dan dia diberi testosteron selepas 6 bulan psikoterapi. Dibekalkan dengan dos kecil untuk permulaan, selepas sebulan menjalankan ritual menyapu gel testosteron pada setiap pagi, dia merasakan itu sebagai sesuatu yang amat leceh biarpon pada awalnya dia amat teruja. Dia mengharapkan perubahan berlaku dengan menampakkan ciri-ciri kelakian sepanjang tempoh 30 hari menyapu gel tersebut, tapi sayangnya, tiada apa perubahan yang terjadi.

Kepada Doktor Lee dia menyuarakan keresahannya, dan sekali lagi Doktor Lee yang mengendalikan kes Norman menerangkan bahawa perubahan adalah proses yang perlahan, sama seperti remaja lelaki, dia sedang melalui proses puberty. Kedegilan Norman mendesak nalurinya untuk meminta Doktor Lee menggantikan penggunaan gel dengan Intramuskular Injection (Nebido) atas alasan rimas dengan ritual setiap pagi menyapu gel. Dia memberitahu Doktor tersebut, hasil kajiannya dengan mencari informasi dari transgender male yang lain, ramai yang meyakinkan bahawa gel hanyala membuang masa kerana tindak balas amat perlahan, tidak seperti suntikan yang terus menyerap ke dalam darah. Doktor Lee dengan sabar menjelaskan kepada Norman bahawa setiap individu tidak menyerap hormon dengan kadar yang sama. Ada yang bertindak balas sangat baik dengan Testosteron, ada yang tidak. Dia disarankan untuk meneruskan pengambilan gel selama dua bulan lagi dengan dos rendah selepas ujian darah kali ke dua dilakukan. Ini membuat Norman merasa sangat tertekan. Apa yang dia lakukan akibat tekanan ini?

Ketidaksabarannya dan pengetahuan yang cetek, juga info yang dikongsi dari forum-forum yang dia sertai, akhirnya membawa kesan negatif terhadap perubahan tubuhnya. Dos rendah yang ditetapkan Doktor, dia abaikan lalu membuat keputusan sendiri dengan menaikkan dos harian sebanyak 2 kali ganda. Norman berharap dan percaya itu akan mempercepatkan perubahan. Malangnya, perkara bertentangan berlaku.
Norman mendapati payudaranya sedikit membesar dari saiz asal, iaitu dari cup B ke cup C dan kitaran periodnya tidak teratur. Ukuran pinggulnya melebar dari saiz sebelumnya. Berat badannya meningkat secara mendadak. Keliru dan tertekan, tak tau apa nak buat, dia tak ada pilihan lain selain berterus terang dengan Doktor yang merawatnya. Penjelasannya itu amat mengecewakan Doktor Lee.

Berkali-kali  telah diterangkan kepada Norman, bagaimana testosteron berlebihan akan bertukar kepada estrogen dan melambatkan proses puberty, seperti yang diimpikan. Ujian darah seterusnya membuktikan kandungan estrogen Norman sangat tinggi manakala kandungan testosteronnya sangat rendah, bahkan lebih rendah dari wanita normal. Selepas dua bulan barula Norman diberikan suntikan testosteron, masih dalam dos rendah iaitu hanya satu suntikan selama 12 minggu. Sama seperti tindak balas yang dilihat sewaktu menggunakan gel, dua bulan pertama tidak menampakkan apa-apa perubahan. Hanya selepas bulan ke tiga, suaranya mulai pecah dan pertumbuhan bulu roma mula kelihatan. Norman gembira dengan perubahan ini.

Setelah setahun empat bulan pengambilan hormon testosterone, fizikal mula Norman berubah. Ciri-ciri sekunder lelaki semakin kelihatan. Dia kini bersedia untuk menjalani chest reconstruction iaitu mastectomy atau top surgery, penyingkiran tisu buah dada untuk mendapatkan dada yang rata.
Mastectomy sangat common dikalangan transgender male. Nasib menyebelahi Norman, pembedahan selama lebih kurang 4 jam dengan menggunakan kaedah Double Incision berjalan lancar dengan hasil yang memuaskan walaupon parut yang melintang didadanya mengambil masa untuk hilang. Bagi Norman itu bukan masalah besar, apa yang penting dia dapat memiliki dada seorang lelaki.

Dengan bentuk fizikal yang 100% lelaki berserta misai nipis dan goatee, Norman semakin berkeyakinan dalam meneruskan kehidupannya. Dia mendapat kerja yang baik, menyewa sebuah apartmen dan bersemangat untuk memulakan kehidupan baru yang lebih sempurna biarpun kadangkala dia sunyi kerana masih belum memiliki teman wanita. Untuk mengisi kesunyiannya, Norman mula rajin melakukan aktiviti di gym. Di sana dia bertemu Sherry, yang langsung tidak terfikir bahawa Norman adala seorang transgender. Perkenalan di gymnasium membawa mereka ke beberapa pertemuan di luar. Pengambilan testosterone meningkatkan libido, begitula yang dialami oleh Norman. Keinginan seksualnya memuncak lebih dari sebelum pengambilan testosterone.

Oleh kerana belum bersedia untuk berterus terang ditambah dengan rasa takut kehilangan jika rahsianya terbongkar, Norman terpaksa mengenepikan hasrat untuk melakukan hubungan seks dengan Sherry. Sherry merasakan ada sesuatu yang tak kena setiap kali Norman mengelak untuk berasmara. Dalam masa yang sama, Norman turut merasakan tarikan seksual terhadap kaum lelaki dan pengalaman seks dengan teman lelakinya dulu mengembalikan keinginan untuk melakukannya lagi. Norman mengalami kekeliruan yang akhirnya mendorong dia untuk melakukan seks dengan seorang lelaki yang dia kenali di gym. Dia berterus terang dengan lelaki itu tentang siapa dirinya yang sebenar kerana pada awalnya lelaki tersebut menyangkakan bahawa Norman adalah seorang gay, seperti dirinya juga. Demi desakan seks, Norman melupakan siapa dirinya, Felix dijadikan kawan pemuas nafsu sedangkan apabila bersama Sherry, dia merasa kekurangan kerana tak mampu memberi kepuasan seks terhadap kekasihnya itu.


Pergolakan tersebut mendesak Norman untuk melalukan bottom surgery. Dia merasakan keperluan yang tinggi untuk menjadikan dirinya 100% lelaki. Akhirnya dia memilih untuk melakukan phalloplasty, dengan kaedah Radial Forearm Flap, di mana kulit, saraf, pembuluh darah dan arteri dari lengan akan diambil untuk membina penis. Sebahagian kecil tisu lengan digunakan untuk memanjangkan uretra sementara labia disusun dan dibentuk untuk membina scrotum.

Beberapa kriteria yang perlu untuk Phalloplasty Surgery :-
  1. Pesakit mestilah berusia 20 tahun ke atas. Pesakit di bawah 20 tahun memerlukan pengesahan dan kebenaran ibu bapa.
  2. Sekurang-kurangnya telah menjalani mastectomy dan total hysterectomy-oophorectomy selama enam bulan.
  3. Pesakit telah mengambil hormon Testosterone secara berterusan sekurang-kurangnya setahun.
  4. Telah menjalani mental test dan mendapat pengesahan psikiatris.
  5. Sihat secara mental dan fizikal.
Pembedahan berlangsung selepas Norman melengkapi semua keperluan diatas, melibatkan beberapa fasa pembedahan. Fasa pertama telah mengakibatkan komplikasi terhadap tubuh dan psikologi Norman. Dia merasa jijik bila melihat lengannya yang berparut besar dan juga pembentukan penis yang tidak realistik. Norman mengalami kesakitan yang amat sangat sewaktu membuang air kecil. Penis yang diidamkan tidak bertindak balas terhadap ransangan dan tiada sensasi apalagi ereksi. Dia hanya mendapat kepuasan seks dengan stimulasi klitoris yang terletak di bawah penis. Tanpa ereksi, penis hanya dapat menjalankan tugas untuk membuang air kecil. Untuk seks dan penetrasi, ereksi diperlukan.

Oleh itu, selepas 9 bulan, testicular implant dimasukkan ke dalam scrotum. Norman juga menjalani implant untuk ereksi yang turut mengalami beberapa kesulitan, di mana dia terpaksa menjalani beberapa lagi pembedahan. Kini Norman menanti hari untuk menjalani pembedahan susulan. Dia hanya dapat bekerja secara sambilan kerana proses rawatan dan pemulihan memakan masa yang panjang.

Hubungannya dengan Sherry semakin renggang dan semenjak menjalani pembedahan tersebut, Norman terpaksa berpindah ke rumah ke dua orang tuanya kerana dia tidak dapat bekerja seperti sedia kala lantaran kesan pembedahan yang rumit. Masa dan wang banyak dilaburkan, walaupon pembedahan jantina di negara ini adalah ditanggung pihak insuran.

Norman kesal terhadap keputusan yang diambil. Sherry yang akhirnya mendapat tahu bahawa Norman adalah seorang transgender, datang melawatnya di rumah. Dia menghulur simpati, tetapi berterus terang bahawa dia tak dapat menerima Norman dalam hidupnya.
Apabila ditanya tentang orientasi seksual, Norman mengakui bahawa dia seorang biseksual dan dia menangisi nasib diri sewaktu semua ini diceritakan kepada aku.
"Tuhan telah menciptakan segalanya dengan sempurna dan indah. Hanya kesyukuran manusia membezakan ia."
TUKAR JANTINA : KISAH NORMAN TUKAR JANTINA : KISAH NORMAN Reviewed by Ray FL on Thursday, June 09, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.