RAMADHAN -SYAWAL 2016


Menyusur lebuhraya waktu dinihari
Di kananku bulan penuh masih menyuluh bumi
Sementara di kiriku,
matahari perlahan-lahan menampakkan diri.

Indah. Sungguh indah alam...
Kata-kata tak mampu menghuraikan
keindahan ini.

Begitu juga keindahan di sisiku
yang tak lepas dengan senyum gembira
Teruja untuk menikmati perkhemahan
menyambut hadirnya musim panas.

Ramadhan kita sambut di jalanan
Syawal kita rayakan bersama alam.
Dengan cinta kita raikan
kebahagiaan dan kesyukuran
tanpa noktah.

"Kesederhanaan," katamu.
"Dalam kesederhanaan itu kita temukan kesempurnaan."
Dan kukatakan,
"Kau tau aku tak pernah mencari kesempurnaan
kerana aku lebih tertarik untuk membinanya bersama engkau."

Tak perlu hotel mewah.
Tak perlu berlebih-lebih juadah.
Bersama kembara ini kita temui
erti yang lebih dalam daripada
tiupan lilin atau bunga api.
Makna yang lebih besar dari
pakaian baru indah berwarna-warni.

Ini kita.

.Engkau dan aku.
Isteriku dan aku.
Yang lebih suka menyerap rasa
daripada membazirkan ia
dengan sia-sia.

Dalam caravan ini
kita raikan cinta kita.
Jauh dari gangguan manusia.
Mendekatkan diri dengan alam,
mendekat diri dengan Sang Pencipta.

RAMADHAN -SYAWAL 2016 RAMADHAN -SYAWAL 2016 Reviewed by Ray FL on Thursday, June 23, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.