PUTARAN JIWA



Beransur waktu lelah,
Mata perlahan tertutup
terpejam memekat alam.
Dingin memacu roma berdiri
Diselimut rindu, memacu gundah.

Fikiran masih bergerak pantas
Sedang malam terkapai di bawah sedar
Terbang menyusur fikir dan waras.

Sakit itu pilu.
Dalam sendu mempertegar semangat,
Sendu memujuk ragu.
Hilang risau, takut dan kecut
Berdiri keras jiwa memecut.

Jalan berliku bukan rintangan
Pengertian rasa membunuh ribut.
Dengan cinta erat impian
Harapan memutar menjadi kalut.

Lalu kalut mendorong fikir
Fikir mengubah ratap.
Dalam mata tertutup,
jawapan mencapai maksud,
ratap bertukar harap.

PUTARAN JIWA PUTARAN JIWA Reviewed by Ray FL on Wednesday, June 29, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.