OBSES


Dunia ini indah tapi bumi semakin lelah.
Manusia hilang pedoman.
Menggila keganasan tanpa batas.
Kejar dan dikejar,
bunuh dan membunuh
lapar dan kelaparan,
mati dalam harapan.

Apa yang mendorong kegilaan manusia ini?
Tamak. Gila kuasa. Gila harta. Gila dunia.
Megah dengan kemewahan,
hingga lelah termengah
memanjat hutang melangit.
Begitu mudah jiwa kehilangan maruah.
Tiada nilai, tiada harga.

Mengapa manusia terlalu obses
menyerbu duniawi?
Bukankah hidup ini lebih bererti
andainya manusia menjadi manusia
sebelum mereka menjadi buta,
dikhayalkan anganan?


OBSES OBSES Reviewed by Annie Ray Yusoff on Sunday, June 26, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.