TRANSGENDER : ALAMIAH ATAU ASUHAN?


Melihat, mendengar, membaca dan bercakap dengan variasi pola pemikiran, jelas, cara berfikir orang Melayu tak pernah berubah. Kalau ada pon hanya segelintir yang menghargai kewujudan otak dan menggunakannya untuk berfikir secara mendalam, mempersoal, mencari dan mengkaji dengan pertimbangan dan penaakulan.


Tak perlu ditekankan kat sini perbezaan antara cara pemikiran Melayu dengan bangsa-bangsa lain. Ternyata macam laut dengan longkang. Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri atau membanggakan diri sebab dapat menjalani kehidupan sepertimana fitrah yang dikurniakan kepada aku tanpa sekatan minda, hanya kerana aku dah tinggalkan Malaysia bertahun-tahun dulu. Tak sama sekali, kerana mana pon aku pergi aku tetap Melayu dan aku tetap aku yang tak pernah mengupgradekan diri aku ni jadi mat salleh ke negro ke, korean ke, arab ke apa. Aku cuma bukan Melayu tipikal, oleh sebab itu, artikel ni aku tulis sebab aku lihat betapa kunonya pemikiran bangsa aku, tetap ditakuk lama, amatla menyedihkan. Sekiranya aku masih di Malaysia sekalipon, perspektif aku terhadap isu ni tetap sama. Sejujurnya, aku sedih dengan kemunduran pemikiran Melayu. Tak payah cite hal politik atau agama yang memang terang-terang membuktikan standard pemikiran Melayu memang 'takat tu je', lantaran kebebasan berfikir dan bersuara disekat, baik oleh politik ataupon agama sendiri.

Lagipon aku rasa dah tak de kick lagi berbincang tentang hal transgender ni dengan orang-orang kat sini, sebab fikiran mereka terbuka, tak emosi, tak de sentimen keagamaan atau kultural. Walaupon ada yang tak setuju pada homosexualiti dan trangenderisme, tapi mereka masih hormat pada hak-hak kemanusian. Lain enviromentnya bila topik ni dibincangkan dalam gereja, synagogue, kuil, gurdwara, berbanding masjid. Dari sudut pandangan Dharmic penerimaannya lebih universal di mana gender ke tiga diiktiraf tanpa diskriminasi. Ini kerana ajaran dan filosofi Dharmic lebih mengarah kepada spiritual. Tapi mengapa yang terlalu extreme ni kebanyakannya datang dari masjid? Takut pada reformasi atau definisi agama itu hanyalah ikutan-ikutan, bukan hati? Mungkin mereka masih keliru tentang perbezaan antara cross-dresser dan transgender. Jangan mudah buat kesimpulan bawaha LBGT adalah agenda Yahudi, seandainya kamu semua masih belom mengkaji secara terperinci dari pelbagai sudut tentang perkara ini. Tanggapan yang tak berasas sama sekali ini hanya membuktikan kejahilan kamu sendiri. Kenapa sikit-sikit nak salahkan Yahudi? Memang Yahudi terkenal dengan kepintaran mereka, suka mengkaji dan berfikir dan tak dapat dinafikan, kita hidup dikelilingi produk Yahudi, baik dari segi ekonomi mahupon sains. 

Islam sendiri pada zaman nabi, tidak menghina golongan ini, tetapi melaknat golongan cross-dresser. Transgender, bukan cross-dresser. Adalah melanggar fitrah bila lelaki dan perempuan yang memiliki naluri sejajar dengan jantina untuk memainkan peranan sebagai jantina bertentangan. Ini adalah gangguan mental, berbeza dengan isu transgender yang melibatkan emosi, kelakuan, cara berfikir dan ekspresi seksual.

Bila orang kata Melayu malas, ramai yang melenting. Bila cakap Melayu bangsa haprak, Melayu mula jadi gajah naik minyak, apatahlagi bila sebut sikit pasal agama, banyakla yang start jadi ustaz / ustazah google / youtube, mulala darah menggelegak nak berjihad, yang sanggup mati shahid pon tak kurang demi nak tahankan agama sampai sokong hukuman bunuh, rejam, penggal kepala semua. Pastu terus menganggap orang-orang yang lain cara pemikirannya tu murtad, konklusi terbaik, termudah dan paling logik, sangat bijak bagi mereka. Tapi ini la dia realitinya; Melayu sangat mudah dipengaruhi, lebih-lebih lagi oleh benda-benda yang tak mendatangkan faedah dan membina minda. Lihat je budaya membaca di kalangan Melayu. Hampeh. Kalau ada pon minoriti bahan ilmiah, menangnya novel-novel, drama-drama, filem-filem tak de kualiti dengan tema stereotype. Degrading pompuan dah sinonim sangat dengan cerita Melayu walaupon yang tulis  tu pompuan sendiri. Orang kaya, laki hensem, pompuan tudung kemain baik cam malaikat, kawin paksa, kena rogol, laki playboy jadi baik sebab kawin pompuan tudung, gangster, saka, rempit, hantu ... bla, bla, bla... camne la mental nak berkembang bila membaca dan tonton benda-benda takde anjakan paradigma camtu? Hakikatnya, berapa ramai dan berapa banyak video lucah melayu yang menayang pompuan tudung isap batang, enjoy kena rodok, tanpa segan silu. Pasal mengandung luar nikah lagila... sampai sanggup pakai tudung labuh, berjubah bagai semata-mata nak cover perut yang kian membengkak. Pastu bila dah penat-penat membusung ke hulu ke hilir, memalukan mak bapak dan bangsa, lepas terberanak budak tu end up dalam tong sampah, yang jantannya sedap-sedap menenggek betina lain, pastu benda yang sama pon berulang-ulang, lagi dan lagi. Mana yang lebih bermoral, trangender yang cuba memperjuangkan hak untuk menerapkan nilai-nilai murni dan mencari diri dari segi spiritual dan religus, menolak kebebasan sosial, ataupon cisgender yang bangga dengan 'kesempurnaan' mereka tetapi mengamalkan pergaulan bebas hingga menimbulkan penyakit sosial juga seksual?
Nak pertahankan sesuatu, abang, akak, kenala ada kekuatan. Kalau nak perang kena ada senjata. Orang ada nuklear, korang masih lagi cium-cium keris, memang tak ke mana, camna nak menang, sedara?
Aku selalu gak jengok-jengok Youtube dan Google sebab nak tau perkembangan tentang transgender kat Malaysia sana. Tak banyak info pon, kebanyakkannya klise. Kalau kat Eropah ni, US, OZ, negara-negara bukan Islam, malah Iran sekali pon, benda ni dibincang dan diketengahkan secara intektual dan saintifik bukan secara kultural dan religus semata. Tak yah bagi alasan yang dorang tu semua kafir, Iran lak Shiah, sebab ni semua tak de kena mengena. Bezanya, keinginan dan kebebasan untuk mempelajari dan memahami sesuatu menggunakan reasoning, logikal dan fikiran kritis untuk mendapat penerangan yang jelas demi mencapai kesimpulan untuk disalurkan pada semua tanpa sekatan untuk berfikir. Shiah, walaupon golongan ini minoriti, tetapi mereka tidak menutup pintu ijtihad, bertentangan dengan sunni yang menutup pintu ini, menyifatkan pemikiran kiritis, menggunakan logik berfaktakan sains adalah bertentangan dengan ajaran Quran. Ini ternyata salah sama sekali. Untuk apa Tuhan berikan akal fikiran jika ia ditutup dan mengunakannya dianggap sesuatu yang membelakangkan ajaran Islam. Mana dan apakah logiknya? Mereka lebih selesa bergantung pada ulama dan mullah, mempercayai Hadith yang bercanggah dengan ajaran Quran tanpa initiatif untuk menggeledah setiap persoalan dari semua sudut. Hakikatnya, mereka mengurung pemikiran mereka di bawah tempurung, tetap menutup mata untuk melihat dari mata burung.

Kebanyakan video di Youtube yang aku tonton dan artikel-artikel tentang transgender, amatlah menyedihkan, baik dari golongan so-called ulama apalagi manusia yang hanya bergantung kepada ulama sebagai sumber pengetahuan mereka, mendengar tanpa menyelidik.

Ada beberapa video ceramah beberapa ustaz apatahnama, buat aku menggeleng kepala dan rasa malu bila memikirkan bagaimana pandangan dunia terhadap cara pemikiran orang-orang di Malaysia, secara kesuluruhannya, cara berfikir orang Islam, kalau dunia luar tengok, dengar dan paham apa yang disampaikan oleh so-called ustaz/ulama ni. Mereka nak bagi ceramah, khutbah, tapi apa yang aku dengar, semuanya tak berasas, tak saintifik, selain menggunakan agama semata-mata. Yang mendengar pon mengangguk-angguk macam burung belatuk, ramai yang ternganga mulut dengar, apa yang dihadam entahla... lalat je kot. Tak ada langsong yang angkat tangan nak bertanya apalagi nak berdebat. Terima bulat-bulat. Disuap asap, asap la yang ditelannya. Yang keluar hanyalah kentut yang busuk lagi membusukkan. Lain dari tu, apa pon tak de. Null. Nada. Niente. Sama bila baca artikel, baca komen semuanya macam golongan confirm 100% masuk syurga. Tapi kesian, argument dorang pimai-pimai tangtu jugak, Klise, tipikal. Pathetic, yang hanya membuktikan betapa ceteknya pengetahuan mereka terhadap ilmu sains yang sentiasa berkembang setiap detik. 


Sebut pasal transgender, benda lazim dorang akan tekankan adalah salah mak bapak. Nabi tak mengaku umat, bukak kisah Nabi Luth, Tuhan laknat, confirm dapat tiket free masuk neraka. Ada yang ditemuramah pulak, tak taula aku apa background pendidikan dan sosial dorang, ada yang cakap geli, geli geleman, tak masuk akal, bodoh, bangang, segala penghinaan dikeluarkan secara terbuka yang secara tak langsung telah membuktikan tahap kejahilan mereka, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam.
Siapa yang beri authority kepada mereka untuk menghakimi dan menjatuhkan hukuman? Adakah mereka semua itu benar-menar maksum tanpa dosa hingga lantang bercerita tentang dosa pahala orang lain? Tidakkah mereka tau bahawa rahsia syurga neraka itu hanya ada pada Tuhan yang menyimpan semua jawapannya?

Dan apa pula yang mereka ni tau sebenarnya pasal kewujudan golongan trangender hingga menghina sebegitu teruk sekali? Punca, penghuraian saintifik tentang faktor-faktor prenatal endocrine, sex hormone, fetal hormonal theory, brain development, etc. Aku memang tak leh tolerate jawapan bangang, salah mak bapak. Korang ingat ada ke mak bapak yang cakap kat anak dia camni;
Amin, Amin ada banyak abang. Amin jangan main dengan Abang, jangan pakai cam dorang. Amin pakai ni, ni cantik. Pegi main dengan Mona, Mala, Munah, Peah kat sana. Main masak-masak ke apa. Amin esok jadiperempuan cantik, lagi cantik dari si Peah tu.
Amin yang tak tau apa-apa pon dengan ikhlas ikutkan la nasihat mak dia yang teringin anak perempuan setelah 6 kali berderet terberanak anak lelaki. Si emak pon berkata lagi bila Amin semakin besar;
Amin, nanti dah besar, g cari pakwe hensem-hensem tau. Jangan carik perempuan sebab Amin kan cantik, perempuan cantik mest nak ada pakwe hensem. Jangan pulak carik makwe. Orang pompuan mesti nak kawin orang jantan.
Lalu, mak Amin pon ajarla si Amin ni make up, kepit suara, kepit telo, kepit batang, pakai kebaya, sumbat tembikai susu dalam push-up bra, siap belikan G-String lagi, nak bagi nampak ori. Nama Amin dengan rasminya mak dia tukar jadi Aminah. Si Amin pon akur, sebab tu lah dia jadi mak nyah.
-Case closed-

Sama kesnya dengan si Minah. Mak dia cakap;
Minah, ni senapang, g tembak pengganas. Tak yah tolong akak ko masak. Dah 7 orang kat dapur tu, sempit dah. Gi la lastik burung ke apa. Lapar nanti, balik, mentedarah. Ha, ni mak ada belikan pistol dan baju koboi. G la ajak Murad, Minhat, Maniam tu main perang-perang.
Si Minah yang naif pon ikut la tanpa soal. Bila naik besar, mak dia berpesan lagi;
Minah, nanti cari awek biar yang beriman, pakai jubah kalau boleh berpurdah yang nampak mata je. Jangan pulak ko g bekapel dengan jantan. Minah kan jantan? Ni tukar nama, Minah tak sesuai. Mulai sekarang nama ko jadi Mamat.
Si Minah pon tunduk akur. Sebab tu la Minah jadi pengkid, mak dia la yang ajar dia cara-cara binding tetek supaya tak terjojol menjadi mangsa ghairah dan akhirnya jadi mangsa rogol jantan-jantan tak beriman.
-Kes ditutup-

Takat tu je la ceramah, tanpa huraian, rumusan dan kesimpulan yang solid.

Kalau ada mak-mak dan bapak-bapak yang baca ni, adakah korang pernah atau akan cakap cam tu kat anak-anak korang? Aku percaya takde yang pernah dan akan cakap camtu. Kalau ada, aku nasihatkan, cepat-cepatla rujuk pakar sakit jiwa atau pakar sakit hati, korang memang ada masalah mental. Inilah yang aku dengar dari ceramah-ceramah dan artikel berkenaan soal trangender ni. Mana sumber dorang dapat agaknya? Mungkin dari pengalaman ustaz-ustazah tu sendiri, dalam keluarga dorang sendiri.

Fikirkan, adakah jiwa Amin dan Minah akan dipengaruhi kemahuan si emak yang teringin anak lelaki / pompuan, seandainya bila meningkat remaja Amin dan Minah merasakan ada yang tak kena? Si Minah yang maskulin mula merasakan tarikan seksual dan romantik terhadap kaum lelaki, begitu juga si Amin yang semakin tertarik pada perempuan. Melainkan Si Amin dan si Minah ni telah mengalami prenatal endocrine waktu dalam kandungan, biar kuat mana pon mak dia cuba pengaruh dan buat dorang percaya yang dorang tu jantina sebaliknya, jiwa mereka tak akan dipengaruhi si emak kerana faktor hormon tadi yang menentukan cara mereka berfikir dan apa yang dorang rasa.

Buat pengetahuan yang tak tau, dan sesiapa yang tau tu bolehla tambahkan sendiri mana yang aku tertinggal, asalnya jantina default kita semua adalah female embrio sebab waktu tu kromosom X  dari ibu je yang aktif. Antara ke minggu ke 8 hingga minggu ke 24 dalam kandungan, kromosom dari bapa mula aktif. Ini mungkin Y atau X. Bila kromosom X yang aktif, jadilah fetus tu bayi perempuan, begituah sebaliknya kalau Y aktif, maka jadi bayi lelaki. DNA dalam kod kromosom menentukan pengeluaran dan aturan hormon yang bertanggungjawab kepada perubahan-perubahan tertentu. Dalam masa ini, testis menjadi aktif dan mengarahkan pembentukan zakar, scrotum; sistem pembiakan lelaki, manakala kehadiran kromosom X membentuk jantina perempuan, ovari, labia, clitoris; sistem pembiakan wanita. Bayi perempuan dalam kandungan yang terdedah kepada tahap androgen yang tinggi sebelum lahir, disebabkan kelainan genetik hiperplasia adrenal kongenital, menunjukkan peningkatan kecenderungan khas lelaki. Ini menunjukkan pengaruh hormon yang sama dalam perkembangan manusia. Dalam proses ini, kemungkinan fetus perempuan terdedah kepada androgen menyebabkan terjadinya transexualiti manakala kekurangan sensitiviti androgen kepada fetus lelaki menjadi mereka bersikap feminin. Selama sembilan bulan sepuluh hari, bermacam-macam perubahan yang terjadi dalam tempoh kehamilan, naik turunnya hormon ibu, stress, depressi, emosi, faktor pemakanan, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya, semuanya berkaitan dalam mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan. Ada bayi perempuan yang terdedah dengan androgen sewaktu di dalam rahim, menyebabkan mereka mewarisi karekteristik sekunder lelaki, yang menyebabkan mereka mewarisi Hirsutism dan Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), akibat tahap androgen yang luar biasa tinggi, tetapi jiwa dan orientasi seksual mereka mereka tetap seperti perempuan normal. Ini membuktikan bahawa pendedahan hormon dalam kandungan dapat mempengaruhi ciri-ciri seksual termasukla perasaan.

Secara ringkas, jantina default  sewaktu dalam kandungan adalah female sehinggalah minggu ke lapan di mana kromosom dari ayah mula aktif.  Jantina lelaki terbentuk bila pengubahsuaian hormon berlaku. Intersex adalah pengubahsuaian separa dalam kandungan. Dalam tempoh kehamilan bukan sekadar trangender, malah syndrom down, buta, pekak, DMD, albino, etc, juga terjadi dalam tempoh sembilan bulan itu.

Memang ramai orang kecelaruan identiti sekarang, tapi tak semua mereka menghadapi gender dysphoria. Apa benda gender dysphoria? Bila seseorang itu merasakan sex dan identiti gendernya tak selari, merasa tak senang dan jijik pada fizikal dan alat kelaminnya, terjadinya tekanan-tekanan jiwa, maka mereka ini penderita gender dysphoria yang perlu dirawat. Aku tekankan lagi kat sini, pengambilan hormon tak akan mengubah jiwa, naluri, psikologi, spiritual individu. Hormon terapi hanya melibatkan perubahan fizikal.

Sex adalah istilah biologi yang merujuk kepada anatomy, hormon, genes, senang cite, barang korang celah kangkang tu. Gender pulak merupakan istilah psikologikal, menghuraikan tentang kesedaran, tindak balas pada sex biologi tadi. Keseluruhannya, ia ditentukan secara psikologi dan biologi yang kita panggil maskulin dan feminin, internal sense. Ia terletak dalam otak.

Cicak Whiptail New Mexico
(
Cnemidophorus neomexicanus).
Menjadi transgender bukanlah satu fasa atau satu pilihan, sebaliknya ia adalah identiti gender yang konsisten, takde bezanya dengan golongan heterosexual. Alam semulajadi penuh dengan variasi. Intersex wujud. Asexual wujud. Homosexual wujud. Semua ni wujud dalam alam semulajadi. Dunia haiwan, contohnya cacing, mereka itu hermaphrodites. Cicak Whiptail New Mexico (Cnemidophorus neomexicanus), semuanya betina dan untuk reproduksi mereka perform pseudocopulation iaitu dua betina akan mengawan dan satu darinya bertindak sebagai jantan. Meraka menggunakan kaedah cloning, telur-telur mereka tak perlu fertilisasi. Anak cucu cicit dorang mewarisi DNA yang sama. Bukan cicak ni je, malah 70 puluh spesis vetebrata lain juga membiak cara ni. Cicak tokek pon sama kot. Korang kajila... kan cicak ni famous kat Malaysia sampai ratus ribu harga dia aku dengar.

Komodo dragons, hammerhead sharks, kalajengking, brahminy blind snakes, water fleas, beberapa jenis lebah dan burung, wasps, haiwan-haiwan ini berkebolehan untuk reproduce secara asexual. Malah homoseksualiti adalah common behaviour dalam kehidupan haiwan di mana lebih 1, 500 spesis ditemukan mempraktis homoseksualiti seperti penguin, singa, chimpanzee, seagull, albastross, zirafah sekalipun.
Sebahagian dari dunia haiwan adalah hermaphroditic, homoseksual  bukan isu bagi mereka sama seperti mastrubasi, ini adalah normal kerana seks bukan semata-mata untuk procreation, tapi juga pleasure. Anjing, tak kira betina jantan, selalu buat benda ni. Kijang, pelanduk, manusia pon jangan cakapla, jantan betina sama je, jadi apa yang against the nature? Manusia kot. Sebab hanya manusia yang huru-hara pasal benda ni. Tapi pernah tak mereka memikirkan tentang rasionaliti yang diceritakan alam dan mengapa terwujudnya  semua ni?  Wujudnya semua ni supaya kita, sebagai manusia yang diberi kelebihan akal untuk berfikir, belajar dan mengkaji dari alam itu sendiri. Alam ini adalah kitab besar yang perlu kita perhalusi.

Bagaimanapon tak disangkalkan, bukan semua yang mengaku trangender ni benar-benar mengalami dysphoria, kebanyakan mereka hanyalah cross-dresser, terutama budak-budak baru nak naik atau mereka-mereka yang pernah mengalami peristiwa-peristiwa dalam hidup, dorang ni masih keliru tentang identiti diri. Tambah lagi pendedahan dari bermacam-macam sumber pada zaman sekarang ni, sangat mudah mempengaruhi fikiran remaja, apalagi bila mereka tidak menilai dengan teliti setiap perbuatan, sebab dan akibat. Bila dah terpengaruh, macam-macam masalah sosial yang tumbuh. Mungkin ini hanya satu fasa bagi sesetengah, mungkin juga ia semulajadi. Bagi yang nak kritik, jangan la hina dorang ni, sebaliknya bukak minda dorang supaya dorang nampak jalan dan faham apa benda sebenarnya yang dorang carik. Cuba bayangkan yang kena tu akak, adik, abang korang sendiri, apa perasaan korang, kalau korang ni manusia yang berperasaan dan ada sikap kemanusian dan rasa hormat sesama insan. Tapi kalau dah terbiasa suka menghina tanpa fakta, tu terpulang diri masing-masingla. Apapon yang korang cakap dan buat, hanyalah membuktikan tahap pemikiran korang, secara tak langsong, mencerminkan keperibadian diri sendiri.

Ramai transgender negara luar yang tukar jantina selepas melalui proses kaunselling, dalam tempoh dan prosedur yang ditetapkan World Professional Association for Transgender Health (WPATH). Ada yang berhenti selepas beberapa sessi kaunseling, ada yang meneruskan, ada yang ragu-ragu. Ada yang tetap meneruskan dalam keraguan dan berakhir dengan penyesalan, mahu kembali ke jantina asal. Oleh sebab itu psikoterapi adalah wajib dan pengambilan hormon dikawal. 

Terdapat beberapa kes SRS yang kesal setelah menjalani operasi keseluruhan dan mahu kembali pada jantina asal akibat atas beberapa faktor seperti ketidak puasan seks, kecelaruan jiwa bila mereka mula merasakan ketertarikan pada jantina yang sama, iaitu ada FTM mengaku mereka menjadi gay selepas pembedahan dan hormon terapi, manakala MTF mengaku lebih cenderung menjadi lesbian. Kebanyakan antara mereka melabelkan diri sebagai bisexual akhirnya. Mereka mula merasa tidak selesa dengan fizikal baru, menganggap pembedahan itu tidak menjadikan mereka wanita atau lelaki seperti yang diharapkan dan tekanan dihadapi mereka akibat penghinaan yang diterima dari masyarakat juga agama. Ada pula yang tidak kisah dan merasa bahagia dengan keputusan yang diambil.

Pengambilan hormon, walaupon ia dapat membentuk ciri-ciri sekunder jantina yang mereka inginkan, namun, secara biologi, DNA mereka tidak akan berubah. Mereka tidak sama sekali akan bertukar menjadi lelaki atau perempuan dari segi biologi dan reproduksi. Mereka terpaksa bergantung kepada pengambilan hormon sehingga ke akhir hayat untuk mengekalkan ciri-ciri sekunder jantina pilihan mereka. Transman akan tetap termengandung jika ovum disenyawakan dengan sperma, kecuali mereka telah membuat pembedahan 
Hysterectomy dan Oophorectomy. Begitu juga sebaliknya transwoman yang tidak menjalani Orchidectomy atau lebih dikenali sebagai castration, masih mampu mensenyawakan sperma mereka dengan ovum. Sebagaimana pengambilan hormon tidak akan menukar DNA, begitu jugala ia tak akan menukar jiwa dan rohani manusia. Andai diberi Estrogen kepada lelaki cisgender, ia tak akan mengubah pemikiran dan perasaan mereka sebagai lelaki, begitu juga jika Testosterone diberikan kepada perempuan normal, ia tak akan membuat mereka mahu menjadi lelaki. Bentuk fizikal bagaimanapon akan berubah, hasil tindak balas hormon dan yang pasti, tentu saja mereka akan menghadapi tekanan psikologi yang kronik akibat perubahan tersebut.

Kesan pendedahan terhadap isu ini, ramai golongan muda yang mahu mengambil hormon, malah ada yang membeli secara online dengan harga yang murah. Perlu diingatkan, keputusan ini sangat merbahaya. Hormon hanya dikeluarkan dengan prescription dari doktor yang menjalankan psikoterapi terhadap pesakit setelah ujian darah dijalankan. Jangan terlalu teruja untuk memulakan pengambilan hormon kerana kesannya sangat membahayakan kesihatan. Jika korang benar-benar menghadapi gender dysphoria, berjumpala dengan pakar untuk diagnosis terperinci.

Hormon hanya dikeluarkan selepas kajian dan ia perlu diambil secara berterusan, seumur hidup kerana apabila pembedahan jantina secara keseluruhan telah dijalankan, mereka tak lagi dapat menghasilkan hormon secara natural yang membawa kesan kepada tubuh seperti masalah Osteoporosis dan komplikasi jantung. Bila pengambilan hormon dihentikan, fizikal mereka akan kembali kepada fizikal jantina asal kerana DNA tidak berubah. Dari kajian, boleh kita lihat, berapa ramai transgender yang selepas menjalani pembedahan tukar jantina, mengakui diri mereka gay / lesbian / bi.  Ada juga yang menyesal dan menghentikan pengambilan hormon sepenuhnya. Ini adalah gangguan mental, bukan lagi dysphoria. Hakikatnya, dalam kes transgender ini, peratusan yang menganggap diri mereka menghadapi gender dysphoria adalah lebih tinggi dari mereka yang benar-benar menghadapi tekanan ini. Pengaruh teman-teman, trauma akibat pengalaman seksual dan emosi yang pernah mereka hadapi juga peranan media adalah sebab utama mereka, sedangkan pada awalnya, mereka bersifat normal sewaktu kecil. Siap bergambar pakai bikini bagai, yang lelaki pulak elok berotot sana sini, tetiba terasa diri terperangkap dalam tubuh yang salah. Transisi terjadi sewaktu meningkat remaja, lazimnya diusia 14 tahun. 

Sebaik-baiknya kaunseling sepatutnya diberikan oleh mereka yang diiktiraf, dari sudut sains kepada mereka yang merasakan dirinya mengalami gender dysphoria. Berikan mereka tempoh untuk mengenal jiwa, bukannya tangkap dorang pastu bogelkan dorang, botakkan kepala, masukkan dalam penjara, pastu bukak buku agama semata. Agama, tidak menerangkan sains, ia hanyala undang-undang dan jalan yang ditetapkan tanpa boleh diubah suai, sedangkan sains berkembang setiap hari. Setiap orang mempunyai pandangan, fahaman, penerimaan dan pegangan yang berbeza dari sudut agama. Bukanla bermakna aku menentang ajaran agama, tapi kita hidup di zaman moden, bermasyarakat, mempunyai kepercayan dan fahaman yang berbeza, jadi tak adil kalau kita paksa orang ikut kepercayaan kita semata-mata. Menggunakan agama, khususnya Islam yang menentang habis-habisan perkara ini, tidak akan dapat mengubah apa-apa. Masalah tak akan selesai dengan cara ini sebab penerimaan dan pandangan individu bukan semuanya sama. Mereka ada pendapat dan pemahaman mereka sendiri. Paksaan hanya akan memburukkan keadaan. Tidak akan memberi kesan yang positif. Ini hanya akan memberi tekanan kepada jiwa mereka dan mendorong mereka untuk memberontak demi mendapatkan hak hingga ada antara mereka yang cenderung untuk membunuh diri. 

Kalau mahu dihormati, kita kenala tahu menghormati. 
Kaedah ini patut diberi kepada ke dua golongan transman dan transwoman atau kat sana korang panggil nyah dan pengkid. Majoriti nyah memangla transwomen, tapi tak bermakna perasaan dan fikiran mereka tidak dapat kita kupas dan dalami. Memahami sebab-sebab mengapa mereka cenderung ke arah itu akan memudahkan kita untuk memberi motivasi dan membentu kembali perasaan mereka, dengan izin Tuhan. Sama juga dengan kes pengkid. Tapi tak semua pengkid ni transman. Mereka ni sepatutnya kita dekati secara psikologi. Dalam tempoh itu, mereka sendiri akan tersedar sama ada ini betul-betul perasaan mereka atau gangguan sementara. Bukan kita tak nampak berapa ramai budak perempuan yang dulu mengaku pengkid, tup tup dah beranak tiga. Berubah gak dia akhirnya dan yang lembut pulak dah jumpa cahaya yang dicari-cari, jadi mereka bertukar ke fitrah sebenar. Ni semua disebabkan kecelaruan jangka pendek. 



Secara peribadi, siapa kita, lelaki atau perempuan bukanlah ditentukan apa yang tersepit atau tergantung celah kangkang, tapi ada dalam jiwa dan kerohanian. Ia bukanla sesuatu yang dibentuk, tetapi sesuatu yang terjadi secara alamiah, yang tak dapat dihindarkan. Mereka yang kecelaruan identiti, yang siangnya elok hensem pakai kot, suit semua g office tapi bila menjelang malam bertukar jadi rama-rama, ini mental disoder. Begitu jugak yang pompuan elok-elok pakai tudung, mini skirt segala sampai menampakkan lurah dendam, bila abih keje, habis semua lurah kena tarah dengan bengkung. Kesian tetek tu, sakit dia. Ini masalah jiwa. Jangan jadikan alasan pengalaman macam Si Dolah tu untuk korang jadi plastik. 

Bagi mereka yang benar-benar mengalami masalah dysphoria, yang menampakkan ciri-ciri dari zaman kanak-kanak, zaman naif, tanpa pengaruh rakan-rakan, media, dan persekitaran, mereka ini perlu dirawat dengan adil. 


Hasil pendekatan ini membantu kita untuk lebih memahami tentang kewujudan golongan transgender dan trangenderisme yang secara umumnya terbahagi kepada dua sebab iaitu alamiah dan asuhan. Andai alamiah, tak ada siapa antara kita yang berkuasa untuk mengubah fitrah mereka, tetapi andainya asuhan, maka jiwa mereka masih boleh dididik untuk kembali kepada fitrah asal. Proses ini bukanla mudah, malah ia memakan masa yang panjang, kesabaran dan penjelasan klinikal, tetapi hasilnya, dengan izin Tuhan dapat membantu semua pihak, termasukla pihak yang hanya tau menghina. Mudahan-mudahan terubat penyakit hati mereka.


Kalau korang masih nak salahkan mak bapak, keluarga, Yahudi, terpulang kebijaksanaan korang la...  tapi andai korang percaya pada kewujudan alam semesta ni ada penerangannya, pada sapa lagi yang nak korang tundingkan jari? Berani ke nak salahkan asal usul tu, atau senang cakap berani ke korang selepas mengkaji (itupon kalau korang kaji) untuk salahkan terus Siapa yang mencipta semua kewujudan ini?
Avoid ignorance. Do your homework, educate yourself.
TRANSGENDER : ALAMIAH ATAU ASUHAN? TRANSGENDER : ALAMIAH ATAU ASUHAN? Reviewed by Ray FL on Thursday, May 26, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.