SYURGA DI HATIMU - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

SYURGA DI HATIMU

JANJI SATU UJIAN

Impian setiap manusia. Syurga. Di mana syurga? Di langit atau di bumi? Di jajahan fikir atau taklukan hati?
Waktu kecil aku selalu impikan syurga. Satu ruang yang damai. Tempat yang indah. Ada pohon-pohon menghijau bertaut antara sungai dan denai. Syurga yang aku idamkan bukanlah mahligai emas yang bersalut permata hingga berkilau seluruh semesta. Bukan juga istana yang dilengkapi dayang-dayang dan laksamana.

Syurga impianku hanyalah alam. Pondok kecil di tepi sungai. Ada lagu. Ada lukisan. Aku semat keazaman untuk miliki syurga ini. Lalu aku ciptakannya. Sendiri. Aku bahagia dengannya. Bebas dan aman. Bermain di tenang air sungai yang mengalir atau merebahkan diri di rumput lembut sambil melihat awan. Lalu aku lukiskan segenap harapan.

Hingga takdir membuka jalan untuk kau susuri denai yang kucipta. Melihat aku di situ, di atas rumput baldu. Bertaut harapan lalu harapan mencipta impian lagi. Tapi untuk itu tidak lagi sendiri. Ada engkau menemani, melengkapi syurgaku... 
Memimpin aku ke syurga di hatimu. 

Random Posts :

Pages