LANGKAH


Satu langkah kecil, langkah pertama, terjatuh, tersungkur dan bangun, tiap pengembaraan dimulakan dengan satu langkah. Ajaib. Tatih-tatih kecil menjadi guru untuk berjalan dengan cermat sebelum cuba berlari. Dengan yakin.

Perkataan  pertama mencipta jutaan ayat. Ayat indah, ayat duka, ayat kesat. Ayat yang lahir dari jiwa. Hindarkanla yang keji. Hargaila yang terpuji. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa cermin peribadi.

Sayangnya, zaman ini bahasa makin tercemar dengan ejaan dan perkataan yang menjatuhkan nilai bangsa. Berganding dengan kejatuhan moral yang berleluasa. Tak terkawal. Mengapa teruja mau jadi bangsa lain sedangkan itu mustahil? Apa bangsa kita ini bangsat? Apa bangsa kita ini tak de maruah?

Setitik nila rosakkan susu sebelanga. Bukti nyata kelihatan, minoriti itu adalah golongan berfikir. Majoriti itu golongan pengecut. Takut. Insecure. Lemah. Jadi ikut telunjuk apa yang ditunjuk. Kesian. Ia memakan diri. Mana keperibadian? Mana jati diri anak Melayu?
Adakah kebebasan membantu menaikkan bangsa? Adakah kebebasan berbakti memajukan Melayu?

Terlalu mudah kau dipengaruhi wahai Melayu. Terlalu rendah tingkat pemikiran engkau. Mana rasa malu? Apakah kebebasan merasuk engkau untuk percaya bahawa sifat malu itu kuno?

Perempuan... usia muda dah melahirkan. Masih beruniform sekolah, pasangan bertukar ganti tiap hari sampai terbenih dalam rahim engkau, wahai  perempuan,  tanpa tau siapa bapanya.
Nasib bayi yang tak berdosa? Tong sampah. Sungai. Lubang jamban. Kaki lima. Plastik hitam. Sedih. Bayi itu suci. Yang berdosa engkau, wahai penzina.


Lelaki. Hanya kerana bukan engkau yang menanggung azab kehamilan, azab melahirkan, tidak bererti kau boleh dengan senang hati merosakkan perempuan sana sini. Kau punya ibu. Kakak. Adik perempuan. Engkau marah bila mereka bebas dan hancur tapi kau sendiri menghancurkan anak, kakak dan adik orang lain. Mana akal engkau letakkan waktu nafsu membodohkan intelekmu? Mau yang dara untuk kau jadikan isteri. Kau fikir dengan wujudnya lelaki-lelaki rakus seperti engkau, kesucian perempuan akan terpelihara?

Sedih. Bila makin tua sesalan dah tak bererti lagi. Waktu itu, engkau mula menangis mengenangkan kenikmatan sedetik dulu. Sesalan tak mengubah masa lalu. Syukur, Tuhan itu sentiasa memaafkan. Syukur, Tuhan itu mengerti. Dia ada dalam hati. Di mana-mana melihat dosa pahala manusia.

Syukur bagi yang menangis di malam hari.  Sujud taubat insafi diri.
Namun tak kecil jumlahnya bagi yang masih mempersendakan sujud itu.
Mereka kekal setia menyujud nafsu di kelab-kelab palsu. Di hotel-hotel sendu.
Mengumpul mangsa-mangsa baru.

Lelaki.
Didikla perempuan engkau bila dia keliru.
Perempuan.
Pimpinla lelaki engkau kerana mereka selalunya berpandu nafsu berbanding akal dan ilmu.

LANGKAH LANGKAH Reviewed by Ray FL on Tuesday, May 10, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.