Logika Hakiki

Ray FL


Abjad rumi bermula dengan A
Jawi dengan Alif.
Nombor satu adalah yang pertama,
dia juga nombor yang sepi.

Nyawa bermula dengan cinta,
penyatuan rasa dan keghairahan
membuahkan kualiti juga kuantiti.
Mana yang membawa makna diri?

Ada yang tak kenal huruf langsong,
baik rumi, jawi apatah lagi.
Kira-kira menjadi kebencian,
lalu logik disingkir tanpa alasan.

Dari mana asal usul manusia?
Dari Adam dan Hawa 
atau evolusi?
Siapa cipta agama?
Orang gila kuasa atau wahyu tanpa bukti?

Mana nak diikut?

Tanya akal, tanya diri.
Tanya pendirian, tanya jati diri.

Mengapa manusia dibekalkan akal?

Untuk jadi cahaya penerang jalan,
atau jalan yang menggelapkan cahaya,
yang melencong ke kesesatan hakiki?

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!