KISAH PENGKID : SAODAH


Pengakuan Dolah pada hari tersebut, membuat aku dan isteriku berfikir tentang Saodah. Kami bimbang tentang kesihatan Saodah lalu kami menghubunginya selepas membuat rujukan tentang HIV dan AIDS. Soadoh bersetuju dan mengalu-alukan kedatangan kami bila hajat itu aku sampaikan. Dia amat gembira untuk bertemu kami lagi, begitu juga perasaan aku dan isteri.


Mulanya Farah mencadangkan kami naik motor ke Kelantan, aku yang memang suka bermotor, setuju dengan cadangan isteriku tapi mengenangkan keselesaan dia, aku usulkan kami menaiki kereta. Lesen tak ada, memang tak ada cita-cita nak amik lesen pon masa tu. Tanpa pengetahuan mak dan abah masing-masing, kami pon bertolak ke pantai timur menaiki kereta yang dipinjamkan oleh mak dan abah mertuaku. Itula pengalaman kali pertama kami memandu ke sana, hanya berpandukan signboard. Aku dan Farah sama-sama teruja. Melanggar undang-undang memang sesuatu yang adventurous.

Perjalanan yang menggembirakan hati aku dan isteri tiba di destinasi selepas hampir 12 jam, termasuk beberapa kali berhenti rehat dan tersesat. Penat tapi berbaloi. Nasib kami baik, tiada sekatan jalan di sepanjang perjalanan. Kalau ada pon sikit aku tak heran... Saodah berpesan untuk terus ke rumahnya bila sampai. Dia menjemput kami bermalam di sana. Aku kata, mak dan abah kau tak suka kitaorang. Lalu Saodah menerangkan, dia dah cerita semua perkara yang terjadi kepada mak dan abah dia. Bagaimanapon, kami memilih untuk bermalam di hotel sahaja. Hmm... faham-faham je la pengantin baru...

Esoknya, kami ke rumah Saodah. Mak dan ayahnya tak ada waktu tu, sebab berkerja. Dua-dua cikgu. Yang ada hanya Saodah dan adiknya yang berusia 10 tahun. Dia menyambut kedatangan kami dengan begitu mesra. Saodah kelihatan gembira dan wajahnya lebih ceria berbanding dulu, sewaktu tinggal bersama kami. Aku dan Farah dilayan dengan begitu istimewa. Saodah kata dia sangat merindui kami dan berulang kali mengucapkan terima kasih untuk semua pertolongan dan semangat yang telah kami berikan. Bagi aku dan Farah, itu semua tak jadi hal. Membantu orang buat kami gembira dan mendalamkan cinta antara aku dan isteri yang sangat aku hormati.

Selepas menikmati hidangan tengahari yang Saodah sediakan, Farah mula menanyakan Saodah tentang kesihatannya.
"Sejak Odah balik sini, Odah rasa makin sihat. Odah sedar silap Odah terhadap keluarga, diri Odah sendiri." Begitula kata Saodah yang waktu itu masih belum bekerja.
"Odah dah ada partner baru?" Tanya Farah lagi. Saodah menggeleng. Nampak kepiluan dan kesepian diwajahnya. Menurut Saodah, Dolah tak menghubungi dia langsong selepas kejadian tersebut.
"Pengalaman dengan Dolah buat Odah sedar... cinta boleh menipu kalau kita tak tengok betol-betol... tapi Odah tau, perasaan Odah terhadap orang macam Dolah masih ada. Entahla akak, abang... Odah pon tak tau kenapa..."
"Odah, kami ke sini ada benda penting nak bagitau Odah sebenarnya," kataku, lalu aku mula menceritakan apa yang terjadi sejak Odah di bawa pulang oleh keluarganya, kecuali tentang masalah yang Dolah ceritakan kepada aku dan Farah di cafe sebulan lalu.

"Dolah memang tak berhati perut. Tapi silap Odah jugak, terlalu percaya..." Jawab Saodah yang kemudiannya menceritakan bagaimana dia bertemu Dolah. Percutian keluarga di Genting Highland setahun lepas telah menemukan mereka. Dolah bekerja di sana waktu mereka bertemu. Setelah bertukar alamat dan nombor telefon, Dolah sering menghubungi Saodah dan membisikkan kata-kata cinta. Saodah ni memang boleh tahan muka dia. Dengan janji-janji palsu yang ditaburkan, akhirnya Dolah berjaya memperdaya Saodah hinggala masa memperkenalkan kami semua di apartment 39B.


"Maaf kalau abang tanya ni benda sensitif... tapi niat abang dan akak ikhlas nak tolong kau sebab kami amik berat pasal kau."
"Tanyala apa je bang... Odah dah anggap abang dan akak cam keluarga sendiri."
"Jauh mana dah hubungan Odah dengan Dolah sebenarnya?"
"Maksud abang?"
"Pasal seks..."
Sejenak Saodah memandang muka isteriku. Matanya bergenang.
"Odah dah bagi semuanya kat Dolah... dia yang pertama tapi dia tuduh Odah main dengan orang lain."

Melalui rujukan yang kami buat selepas pengakuan Dolah, sumber menyatakan, kes HIV dikalangan hubungan jenis antara perempuan dengan perempuan amat jarang berlaku kecuali bila melibatkan oral sex, transmisi darah berikutan aktiviti fisting atau fingering, juga berkongsi sex toy. Sex toy, aku yakin dorang tak pakai. Tapi fingering dan oral tu memang benda biasa dalam aktiviti seksual, tak kira homo atau hetero. Biarpon kadar peratusan dan risiko ini rendah, adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai kawan untuk memberitahu Odah perkara sebenar supaya dia menjalani ujian darah bagi memastikan semuanya baik.

"Odah, kali terakhir kami jumpa Dolah, dia mengandung." Aku berterus-terang. Terkejut Odah, kelu tanpa kata. Tangannya di letakkan atas dada.
"Betol ke kak?" Farah mengangguk.
"Dia cakap dia kena rogol beramai-ramai akibat dadah dan arak." Airmata Odah mula menitis satu persatu.
"Ya Allah... Dolah cakap dengan Odah dia tak ada perasaan kat lelaki langsong. Dia cakap kat Odah, dari kecik dia macam tu..."
"Kami pon tak tau Odah... tapi Dolah cakap dia pernah dirogol sepupu dia. Sejak tu dia berdendam dengan lelaki. Dia jugak pernah ada boyfriend dan terlanjur. Lelaki tu gunakan dia."
"Sumpah kak... Dolah tak pernah bagitau Odah semua ni."
"Odah tau dia terlibat dengan dadah dan arak?"
"Tak... tak langsong tak... Odah tak tau apa-apa langsong selain apa yang dia bagitau Odah. Odah percaya bulat-bulat sebab Odah sayang dia."
"Odah... abang dan akak boleh bawak Odah g klinik. Odah kena buat ujian darah sebab Dolah positif HIV."
Meraung Saodah mendengar penjelasan aku.

Dua minggu selepas kunjungan itu, Saodah menelefon kami membawa berita gembira. Ujian darahnya negatif. Syukur, Alhamdulillah. Kami terus saling berhubung tapi jarang bertemu. Saodah sering menghantar surat, meluahkan kesepian, kekesalan, kesedihan, menceritakan kegembiraan, harapan dan perubahan dirinya.

Dua tahun selepas diterima masuk ke sebuah maktab perguruan, Saodah menghantar kad jemputan kahwin. Dia dah berjumpa lelaki yang mahu menjaga dia. Sayangnya, aku dan Farah tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana waktu tu kami dah berhijrah.
Lama kelamaan kami jarang berutus berita. Cerita terakhir yang kami dengar, Saodah dah beranak lima dan hidup bahagia dengan suami dia, juga seorang guru.
Saodah, (bukan nama sebenar) kalau kau terbaca tulisan ni, kau mesti ingat siapa kami, dan kami nak kau tau, kau selalu kami doakan.
KISAH PENGKID : SAODAH KISAH PENGKID : SAODAH Reviewed by Ray FL on Tuesday, April 05, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.