KISAH PENGKID : DOLAH


Pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman menjadikan kita kuat dan bijak. Tetapi pengalaman juga yang membuahkan dendam.
Dolah (bukan nama sebenar) adalah seorang perempuan berusia 23 tahun sewaktu aku mengenalinya. Tetapi dia perempuan yang tak pakai bra apalagi pakai makeup. Seluar pendek dan T-shirt longgar adalah uniform harian dia.
Dolah aku kenal selepas aku tamat sekolah. Kerana mahu merasa hidup berdikari, aku meminta izin dari mak dan abah untuk keluar dari rumah, tambahan lagi masa tu aku dah berbini, jadi kami perlukan privacy. Boss aku keduanya setuju untuk meminjamkan aku salah satu dari rumah sewaan mereka dan aku pilih sebuah apartment 3 bilik, dua bilik air di sekitar Cheras.

Komuniti di situ terdiri dari pelbagai bangsa, majmuk dan yang paling dekat dengan aku ialah Encik David, seorang Cina Kristian bersama isterinya, keturunan Cina Baba dan Nyonya. Pasangan tanpa anak ini sangat fasih berbahasa Melayu dan mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap semua orang.

Selama sebulan, aku duduk seorang sebelum aku menikah dengan bini aku. Untuk mengisi masa, aku banyak menulis. Keinginan aku untuk berdikari mendorong aku untuk menolak bantuan kewangan dari keluarga, jadi aku mula mencari kerja. Niat aku nak bersedia untuk pikul tanggungjawab. Tak sabar aku nak bawak bini aku tinggal dengan aku.

Suatu hari, Encik David bertandang ke rumah, membawa pengat durian untuk aku. Dia dan isterinya aku jemput masuk dan kami menikmati pengat durian yang dilengkapi bersama lempeng kosong. Mr. David meluahkan perasaan sunyi dalam rumahtangganya kerana belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Isterinya yang aku panggil auntie, turut mengekspresikan kesedihan. Aku yang terlalu muda waktu itu hanya mampu mendengar. Kata Mr. David, dia menganggap aku macam anak sendiri...

Dalam perbualan itu, mereka bertanya, tidakkah aku sunyi tinggal sendirian. Aku jawab, tidak. Aku lebih suka bersendirian. Lebih aman. Waktu itula isterinya membuka cadangan untuk aku menyewakan dua bilik kosong di apartmen itu. Katanya dapat jugak aku menambah pendapatan. Setelah berhari-hari memikirkan, atas persetujuan mak dan abah juga isteri tercinta, akhirnya aku mula menampal iklan di sini sana.

Aku tak tetapkan jantina, bangsa atau agama. Apa yang aku tulis hanyalah harga sebanyak RM 300 termasuk api air, kemudahan dapur, bilik fully furnished dan Internet ( masa tu tak ada wifi, guna Jaring). Tiada deposit.

Tak lama pastu berdering-dering handphone aku yang sebesar timun, baling anjing pon boleh kojol jenama Motorola dengan kod 018 Mobifon ke apantah nama, yang pasti bukan prepaid. Masa tu mana ada prepaid.

Panggilan pertama dari sorang pompuan melayu. Dia datang dengan boyfriend. Nampak cam sosial. Aku x berkenan. Bini aku yang ada kat situ masa dorang tengok bilik pon tak berkenan. Kami reject. Kemudian aku terima panggilan dari seorang lagi perempuan melayu. Dia datang secara solo. Kecik je orang dia dalam 1.5m tapi agak debab. Dengan baseball cap, short dan T-shirt dua kali saiz badan, dia mengetuk pintu. Waktu itu isteri aku tak dapat bersama atas urusan keluarga. Jadi aku sorang yang melayan tetamu istimewa itu.

Setelah berbincang dengan si isteri, kami bersetuju ambik si Dolah jadi housemate dengan syarat, jangan bini aku jatuh cinta dengan si Dolah sudahla. Syarat yang aku kenakan hanya disambut dengan cubitan manja kat peha aku yang berbulu gebu.

Dolah... pengkid dari Selatan yang bekerja di sebuah restoran makanan segera berdekatan. Dia adalah pengkid pertama yang aku kenal seumur hidup aku. Walaupon berusia lebih tua dari aku, Dolah bersifat agak kebudakan dan gemar bercerita tentang perempuan. Dia pernah bertanya, adakah aku ni single atau dah berpunya. Bertanya dengan renungan manja dan senyuman penuh mesra. Lalu aku dengan bangganya menyatakan bahawa aku dah bertunang dan akan diijabkabulkan tak lama lagi. Isteri aku akan tinggal bersama bila dah kawin nanti. Dolah mengangguk lesu. Aku tersenyum senang hati.

Aku memperkenalkan isteriku kepada Dolah hanya selepas kami menikah. Itulah kali pertama mereka bertemu. Aku dapat lihat sinaran di mata Dolah yang sepet bila melihat wajah isteri aku yang jelita.
"Jangan tenung lama-lama, bang. Bini orang tu." Sengaja aku usik Dolah yang membuat dia tersipu-sipu ala ala sipot sedut masak lemak.

Akibat rasa bosan bila aku pergi mencari rezeki, akhirnya isteri aku meminta izin untuk bekerja. Aku cakap, "x yah la... sayang duk rumah je. Biar abang kuar carik rezeki. Sayang duk rumah, masak, kemas rumah, tanam bunga, melukis, bela kucing. Bila abang balik keje, sayang urut abang. Yang lain-lain, biar abang buat, semua tanggungjawab abang."
Sekali lagi peha aku yang berbulu gebu di cubit.
"Mengadala kau," kata isteriku yang marvellous.

Cintanya terhadap seni, akhirnya Mr. David merekomen sebuah syarikat pengiklanan milik sahabatnya, Mr.Chandra yang sedang mencari perintis. Isteri aku gembira. Tempat kerja kami tak jauh. Aku masa tu kerja kat farmasi je, tak de shift, kerja 9-5. Pergi aku hantar, balik aku jemput tanpa gagal. Motor buruk 250cc aku tu jela kenderaan kami masa tu. Baru pas sekolah mana mampu pakai kete. Aku bawak moto pon lesen takde masa tu.

Berbalik pada cite si Dolah, satu hari dia bawak awek balik rumah. Aku tak kesah. Kata dia awek tu baru sampai dari Kelante, nak carik keje. Dia tanya kalau boleh si Saodah sewa situ. Aku cakap boleh, tapi bilik lagi satu dah orang tempah. Pastu dia slow talk dengan aku... dia cakap tu sebenarmya awek dia yang lari dari rumah bila mok ayoh iye tau dia lesbian. Huh... aku tak sedap hati. Buatnya polis carik... sia-sia belaka aku. Malas aku nak masuk campo. Aku mintak masa bincang dengan mem besar. Mem cakap, relax la... takkan jadi apa. Kita kena tolong orang tengah susah. Betul pepatah cakap... di sebalik kehebatan sorang lelaki ada pompuan kat belakang dia. Aku setuju. Dolah gembira. Saodah kelihatan amat senang hati.

Waktunya tiba menyambut orang baru. Nick name Rubiah. Bertudung litup, sopan orangnya. Baik budi pekerti. Hitam manis dan bekerja di sebuah syarikat pembinaan sebagai kerani akaun.
Rubiah seorang yang pendiam. Senyum pon sekali sekala je dan jarang sangat join kita org bersantai tengok TV kat ruang tamu. Dia lagi senang hati duk memerap dalam bilik, ntah apa aktiviti solo dia, sampai sekarang aku tak berapa pasti, walaupon ada beberapa teori yang aku dan bini aku ketengahkan.

Tapi pada satu hari Rubiah call aku, dia cakap nak jumpa aku dgn mem secara peribadi lepas keje. Jumpa kat luar. Kami setuju. Rupa-rupanya dia nak meluahkan rasa tak selesa dia terhadap Dolah dan Saodah. Kami tanya kenapa? Ada sexual harassment ke apa?
Rubiah cakap Dolah pernah intai dia mandi dan pernah masuk bilik dia... Rubiah cakap dia tak selesa dengan pengkid dan lesbian. Berdosa, itu ini...

Aku cakap aku akan bincang hal ni dengan Dolah. Tentang lesbian pengkid tu aku tak dapat komen. Dari awal aku dah bagitau orientasi seksual penghuni apartment 39B tu. Rubiah diam. Bini aku cakap kalau Rubiah tak selesa dan rasa nak cari tempat lain, takpela... kami faham. Bagaimanapun, Rubiah kekal kat situ selama beberapa bulan.

Aku jumpa Dolah kat KFC tempat dia keje keesokan harinya . Aku tanya pesal ko intai Rubiah mandi dan masuk bilik dia malam malam? Terkejut Dolah dan cuba menafikan.
"Ko kan dah ada awek. Saodah tau ko perangai camni menang kena tinggal ko."
Dolah tak jawab.
"Ko buat kat bini aku camtu gak ye?!!" Akhirnya aku tinggikan suara.
"Sumpah tak." Kali ni dia jawab dengan bersunguh-sungguh.
" Memang ko nak mampos kalu ko buat kat bini aku camtu."

Kemudian aku blah. Jemput bini aku dan kami g bersuka ria makan tomyam kat Benteng. Bila balik, tak de sorang pon tgk TV kat ruang tamu cam selalu. Tapi sayup-sayup terdengar bunyi wanita menangis dari bilik Dolah.
Aku pasang telinga. Bini aku tak ambik port, terus dia g dapur buat Horlicks untuk aku. Dia hanya tunggu laporan dari aku.

"Ko blah la." Kedengaran suara Dolah garang menengking Saodah.
"Odah datang sini lari ikut B, tinggalkan keluarga Odah sebab Odah cinta B... kenapa buat Odah camni?" Suara Saodah tersekat- sekat menahan pilu.
"Kau tipu aku!!!" Dolah bagi alasan.
"Ya Allah B... apa Odah buat? Odah duduk rumah ni tak keluar kecuali dengan B. Odah nak keje tapi B tak bagi. B cakap takut nanti ayah datang carik... Odah tak buat apa yang B tak suka."
"Ahhh... ko ingat aku bodoh. Ko suka kat Ray kan? Aku nampak ko suka borak dengan dia. Masa aku g keje ntah apa ko buat dengan dia."

Mak aiiii.... nama aku naik pulak dalam masalah rumahtangga dorang. Menyirap kejap aku. Nasib baik bini aku datang bagi aku Horlicks panas... sejuk sikit rasanya. Dia pun akhirnya turut pasang telinga untuk menyaksikan drama swasta tersebut.

"Sumpah B. Odah tak buat apa-apa dengan Ray..."
Dengan ucapan Saodah tu, bini aku menjeling tajam sambil mengecikkan matanya dan angkat kening kat aku. Aku angkat bahu, letak jari kat bibir.

"Aritu aku nampak kau buat cekodok dengan Ray kat dapo, bukan main mesra."
"B... masa tu Farah pon ada... ya Allah... tak caya tanyalah Farah. Ray tak penah menggatal dengan Odah."
"Dia tak menggatal dengan ko tapi ko yang menggatal dengan dia."
"Tak B... tak... tak... tak..." Saodah menangis pilu.
Terdengar hentakan lemari.
"Nah bungkus kain baju ko. Aku nak ko blah mlm ni jugak. G la balik Pasir Mas tu, memang tempat orang Ulu macam ko."
Saodah tak menjawab. Kami hanya mendengar tangisan.
"Dasar perempuan Kampong. Masuk KL sikit dah lupa diri." Dolah tetap membebel.
"Aku ada maruah. Kau yang gilakan Rubiah kan?" Akhirnya Saodah meninggikan suara.
"Apa ko cakap? Apa ko cakap???!!!"

Pang... pang... gedebak gedebuk kedengaran lepas tu. Aku tak dapat tahan marah. Pantang betol aku orang pukul pompuan. Lalu pintu bilik aku ketuk.Tak bukak.

"Woi Dolah. Keluar!" Aku menjerit. Konon garang la... bini aku tersengih mengejek muka garang aku. Rubiah pon keluar bila terdengar soundtrack  gedebak gedebuk tu.

"Ko tak bukak aku pecah pintu. Pintu pecah ko ganti. Pintu ni harga dia dalam 600. Ko nak bukak ke nak bayar 600?"
Dengan ugutan tu akhirnya Dolah bukak pintu. Saodah berlari keluar terus peluk Farah.

"Kak... Odah tak pernah menggalak dengan laki akak..." Kata Saodah dengan airmata yang terjurai dari matanya yang lebam kena belasah.

"Ko gila ke Dolah?" Aku tanya.
"Memang dia ni gila. Intai orang mandi. Masuk bilik nak raba-raba."
Rubiah bersuara.
"Ko kalau nak stay sini jangan tunjuk besar. Ikut hati aku memang aku belasah ko. Ni perempuan ni yang ko bedal. Nak lawan, lawan aku." Ceh... macam hero Hindustan lak bunyi aku masa tu.

Sejak episod tu, aku tempatkan Saodah dalam bilik Rubiah. Rubiah bersetuju. Aku tak halau si Dolah. Aku tengokkan je perangai dia. Tak lama pastu, dia bawak sorang awek. Kemain seksi lagi awek tu. Kali ni Dolah tak tanya, tak mintak izin aku dengan Farah pon kalau awek tu leh tinggal situ. Lama aku peratikan, tapi dia tetap buat bodoh. Awek tu pulak jenis tak hormat orang. Tak pernah bertegur dengan aku, Farah, Rubiah apalagi Odah.

"Dia sengaja nak sakitkan hati Odah agaknya," keluh Saodah, meluahkan kesedihanya kepada istreriku.
"Takpe, Odah sabar dulu. Orang camni mesti ada balasan dia. Sekarang apa perancangan Odah?"
"Tak tau, kak..." kata Saodah yang sebenarnya lagi tua dari aku dan bini aku. Tak silap umur dia time tu 20 tahun. Dia rasa dia kecik kot... tak pe la.

Sementara itu, Rubiah mula menanyakan tentang sewa bilik.
"Saya kongsi dengan Odah bilik, takkan saya nak bayar sorang. Dia tak kerja."
"Sementara je, Rubi. Bulan ni bayar half cukupla. Kami bayarkan selebihnya untuk Odah." Jawab aku. Aku tak mahu Rubiah kecik hati.
"Saya bukan tak suka dia tinggal sebilik dengan saya, tapi sebenarnya saya tak selesa. Sehari dua bolehla, kalau lama-lama , saya rasa saya kena cari bilik lain."

Sedangkan mangkok hayun Dolah, masih leka dengan awek seksi takde adat tu, tak menghiraukan kewujudan kami semua.

"Odah sekarang nak balik kampung atau nak carik kerja?" Tanya isteriku.
"Odah tak de duit, kak. Odah nak balik kampung, tapi takut. Nak keluar carik kerja, duit tak ada. Makan pon harap akak dengan abang bagi... Odah malu, kak..."
"Eh, Odah, jangan cakap camtu. Selagi kami boleh tolong, kami tolong."

Untuk tidak merumitkan keadaan, aku dan Farah bersetuju untuk menghalau si Dolah penderhaka tu keluar dari bilik.

"Lama aku peratikan perangai kau Dolah. Dahla ko tak de tanggungjwab kat Odah, ko bawak pulak pompuan lain. Tak de hormat lak tu. Aku nak hujung minggu ni kau dengan awek ko keluar. Bilik ni aku nak bagi Odah."

Dengan hidung kembang kempis, Dolah blah camtu je, masuk bilik, hempas pintu. Sebelum hari minggu tiba, bilik tu dia kosongkan. Ntah bila dia cabut aku pon tak tau. Yang paling aku bengang, kunci dia tak pulangkan. Sewa dia tak bayar. Sebelum terjadi apa-apa, aku mengambil langkah drastik untuk menjejak dia kat tempat kerja. Nasib aku baik, dia ada kat situ.

"Kunci bilik dengan sewa. Sekarang."
Dia buat tak tau dengan muka konon macho.
"Kau nak bagi sekarang atau kau nak aku report polis? Pasal Odah, pasal kau belasah Odah, pasal ko tak bayar sewa, pasal kau bawak kunci lari."

"Sewa, aku tak de duit, Ray. Bagila masa, sampai cukup bulan, aku bank in nanti. Ni kunci."
Aku tak kisah sangat hal sewa tu, janji kunci aku dapat. Risau aku kalau dia duplicate kunci, rumah tu bapak aku amanahkan untuk aku jaga. Jadi, dengan bantuan Mr. David, selepas aku menceritakan semua kejadian, dia membantu aku membuat set kunci baru dari grill sampaila ke pintu utama. Lega hati aku.

Saodah kelihatan gembira dengan bilik tu. Rubiah jugak sama, tenang la hati dia dapat buat aktiviti solo dia dalam bilik sewaan dia tu. Aku dan Farah membantu Saodah mendapatkan kerja disekitar tempat kerja kami. Rezeki dia, dia diterima bekerja di sebuah syarikat guaman sebagai penyambut tetamu. Sayangnya, tak lama, keluarganya yang mencari akhirnya dapat menjejak.

Mereka datang mengangkut Saodah di rumah kami, pada suatu malam. Saodah menangis memeluk bini aku yang dia anggap kakak. Aku cuba terangkan kedudukan sebenar kepada orang tua Saodah, tapi sayangnya, mereka tak mahu mendengar. Malam itu, terpisahla kami dengan Saodah. Kesian aku kat budak tu...

Beberapa hari lepas kejadian, Saodah menelefon kami. Dia memberitahu bagaimana keluarganya dapat menjejak dia. Semuanya angkara Dolah yang menghubungi keluarganya dan memberi alamat rumah kami. P*%#@K punya Dolah.

Dan satu lagi hal yang tak kusangka-sangka... masa nak g kerja pada hari Selasa, aku dikejutkan dengan calaran di tangki moto aku. Memang aku mencarut pagi tu. Farah cuba tenangkan aku. Seorang budak yang aku kenal, anak jiran tetangga yang kebetulan lalu kat situ datang kepada aku.

"Semalam lepas Apis balik ngaji, Apis nampak akak yang gemok selalu pakai suar pendek tu calar moto Abang Ray." Mendidih darah aku. Memang nak mampos betina tu. Aku betol-betol bengang. Nasib baikla ada Farah yang selalu menenangkan aku.

"Takpe la, sayang, kita g cat lain, OK..." Relaks je dia cakap cam tak ada apa jadi. Aku tau bini aku memang orang yang sangat sabar dan aku cuba ambik energi tu dari dia.
Seminggu moto kat bengkel untuk cat baru, mak abah Farah bagi pinjam kereta. Masing-masing tak berlesen. Tapi tak pela... bedal je. Kena saman, tak yah bayar.

Bila  moto siap, aku sangat happy. Aku sayang moto aku tu sebab hadiah dari bapak aku. Aku ingat perkara tu dah habis kat situ je, tapi tak. Selang beberapa minggu, tayar aku kena paku, takpe, aku sabar. Farah suruh aku sabar. G tolak ke workshop untuk repair. Jadi lagi sekali, kabel plug aku kena gunting. Memang sial sungguh. Masa tu aku takleh sabar lagi. Aku pecut kete g KFC tempat badak air tu keje. Orang cakap dia dah berenti. Aku tanya ada sesape tau mana dia tinggal atau tempat kerja baru, sorang pon tak tau.

Aku betol-betol sakit hati. Tapi kasih sayang dan cinta isteri aku dah buat aku jadi orang yang sabar. Percaya bahawa tiap perbuatan ada balasannya.

Lama pastu... Tuhan temukan kami dengan Dolah di sebuah pusat membeli belah. Bila nampak muka aku, dia cuba lari, tapi disebabkan kerja dia kena layan customer, dia tak dapat buat apa.

"Sewa kau tak bayar, aku tak kisah. Tapi bila moto aku ko sentuh, memang kau nak carik maut. Aku tunggu kau abih keje."

Dua jam, aku dan Farah tunggu. Memang tak nak bagi chance. Aku bawak dia g satu cafe, nak slow talk. Kalau ikut hati memang aku debik je dia macam mana dia debik si Odah.

Lama aku membebel, tanpa apa respon dari dia, tetiba dia menangis.

"Ko apahal nangis? Aku nak ko bayar semua kerosakkan yang ko dah  buat kat moto aku."
"Aku tak de duit, Ray."
"Tu bukan masalah, aku. Aku nak kau bayar sekarang jugak."
Dia menangis, makin deras.
"Gila punya pengkid," kataku.

"Aku perlu duit. Aku pregnant. Aku kena gugurkan kandungan ni."
My GOD. Apa benda yang aku dengar ni???? Farah turut terkejut.
"Bukan engkau pengkid ke? Bukan biasanya pengkid main dengan perempuan je?" Farah bertanya.

"Aku jadi macam ni sebab sepupu aku rogol aku. Aku pernah ada boyfriend, dia tinggalkan aku lepas dia gunakan aku. Duit, maruah..."

"Sebab tu je kau jadi pengkid?" Soalku, tanpa sedikit rasa sempati. Dolah mengangguk. Aku malas nak caya. Ni orang memang kaki belit. Saja carik simpati.

"Kalau dah terkena kenapa kau ulang lagi?" Farah melanjutkan siasatan.
"Aku tak sedar. Malam tu mabuk, high. Amik pil... aku kena rogol ramai-ramai."
"Ko memang saja nak auta aku, kan? Ni sekarang, aku tak nak dengar cerita kau kena rogol ke, mengandung ke apa. Aku nak ko bayar ganti rugi moto aku."
"Ray, tolongla... aku memang tak de duit sekarang. Aku terdesak sangat ni. Maafkan la aku...  aku tak fikir panjang. Aku dendam dengan engkau. Aku cemburu tengok kebahagiaan korang. Tolongla, maafkan aku. Ray, Farah... aku salah. Memang aku bersalah."  Dia menangis tak berhenti. Selepas menenangkan diri sendiri, akhirnya dia mengeluarkan pregnancy test kit dan sehelai surat. Aku dan Farah baca sama-sama. Betol Dolah mengandung. Dan dia juga positif HIV.
Kami meninggalkan Dolah dengan masalah yang dia cipta sendiri. Tak daya nak tolong... tak tau nak cakap apa. Kami begitu muda waktu tu untuk memahami kehidupan dan lagi kami tak tau latar belakang Dolah yang sebenar. Apa yang telah dia buat hingga dijangkiti virus tu... kami tak tau.
Sebelum pergi, aku pesan pada Dolah, "kalau perlu apa-apa, kau ada nombor aku."
Dia tak jawab. Dia teros menangis.
Sabar itu sifat mulia. Dengar sebelum menilai. Penghakiman bukan di tangan kita.
KISAH PENGKID : DOLAH KISAH PENGKID : DOLAH Reviewed by Ray FL on Thursday, March 31, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.