DARIMU, UNTUKMU, HANYA ENGKAU - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

DARIMU, UNTUKMU, HANYA ENGKAU

JANJI SATU UJIAN


Hatiku bersiul gembira bersama nyanyian burung-burung yang turut bahagia dengan kehadiran musim bunga. Siang makin panjang, matahari mula memancar dan malam semakin hangat.

Melihat wajahmu, aku tak risau tentang apa juga kekurangan. Aku tak takut pada cabaran. Aku tak hanyut pada godaan. Yang aku tau dan rasa hanyalah cinta. Cinta dan bahagia dari engkau. Cinta dan bahagia yang aku rasakan saat membelai dan mengucup rambutmu, membekalkan ruang dada ini dengan kasih sayang. Mencium pipimu membuat hati ini merasa tenang. Dan bila bibir kita bertemu, syurga milik kau dan aku.

Indahnya cinta, seindah musim bunga. Aku jatuh cinta. Kau buat aku jatuh cinta lagi.
Pelukanmu menenggelamkan aku dalam keasyikan yang dalam hingga aku tak mahu berganjak ke mana-mana. Kau lembut. Kau halus. Kau hangat. Kau mempesonakan. Belaian seorang isteri adalah kekuatan dan kelemahan seorang lelaki. Kelemahan dan kekuatan itu aku perlukan tiap hari kerana bila aku lemah, aku perlukan perlindungan dan bila aku kuat, aku melindungi. Darimu, untukmu, hanya engkau.. 

Cinta ini menghangatkan tiap musim. Indahnya dunia. Indahnya cinta. Indahnya berkasih sayang. Indahnya ciptaan dan anugerah Tuhan.

Random Posts :

Pages