Biar Hilang

Ray FL

Terselit di jiwa resah rindu yang memburu 
minda di hati terbuka. 
Hingga kata-kata menjadi dosa tak terlukis dalam hidup manusia.

Wujudkah jemu yang tak pernah di tunggu,
akan hadirnya waktu?
Hidup ini satu penantian.

Di dalam menyusur hari hati letih mendayung
mencari jawapan yang tak berpenghujung.

Di manakah mulanya? 
Manakah mula cerita? 
Mana akhirnya nanti?
Terus di sini.

Biar hilang bila malam tiba
biar hilang tanpa sepatah kata
biar hilang begitu saja.
Biar hilang dalam mimpi
biar hilang bila tiba pagi
biar hilang di dalam hati.

Menjejak kasihmu tak terlontar rindu
hati membara membawa cinta
yang memutih, memanggil.

Mencari kepastian tak semudah memburu impian
kenyataan memutik di ruang yang dalam.

Hingga masa pun bercerita 
tentang kasih sayang;

"Usah dikesal kata-kata 
yang tak terhembus dari mulutmu, 
kerana kutau kau telah mendengarnya dari mataku 
yang bercerita tentang segala dosa. 
Mencintaimu."

Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!