TUKAR JANTINA


Sex Reassignment Surgery atau dalam bahasa mudah, pembedahan tukar jantina adalah rawatan untuk gender dysphoria bagi transgender. Berapa ramai transgender di Malaysia yang dah buat pembedahanni? Bagi golongan transwoman yang sememangnnya lebih berani dalam mempertahankan hak, ramai antara mereka yang dah menjalani hormone replacement teraphy dan ada beberapa yang aku kenal telah menjalani pembedahan keseluruhan di Thailand. Bagi golongan transman atau pengkid di Malaysia, I have no idea. Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil, lebih-lebih lagi perkara ini melibatkan keluarga, agama dan kos yang tinggi. Kebebasan memilih memang terhad di Malaysia biarpon bila difikirkan secara logik dari segi kemanusian, tak ada siapa yang berhak menentukan kehidupan sesiapa, malah dalam pemilihan agama juga bukan hak sesiapa untuk memaksa, seperti yang tercatat dalam Quran, tiada paksaan dalam agama. Tak ada bezanya jika Islam hanya tercatat dalam IC sedangkan cara hidup lagi non-muslim daripada non-muslim sendiri. OK, tajuk tu boleh diketepikan dulu, sekarang aku nak cerita hal bertukar. Yes, bertukar, macam Ultraman.


Iran merupakan negara kedua terbesar selepas Thailand memberikan kebebasan ini selepas fatwa yang dibentang Ayatollah Ruhollah Khomeini pada tahun 1963, membenarkan golongan intersex menukar jantina mereka selari dengan gender. Selepas Iranian Revolution pada tahun 1979, transexualiti diterima dan SRS dibenarkan bagi mereka yang telah mendapat pengesahan dari doktor. Separuh dari kos perubatan ditanggung oleh kerajaan dan penukaran nama serta dokumen lain dibuat secara rasmi. Homoseksualiti bagaimanapon adalah haram dan SRS adalah cara untuk merawat homoseksualiti.

Berapakah kos SRS? Ini bergantung pada sesebuah negara dan khidmat yang ditawarkan, juga procedure pembedahan. Kos bagi Female To Male (FTM) adalah lebih tinggi dan complicated berbandingMale To Female (FTM). Sebagai contoh, SRS untuk MTF mempunyai dua jenis kaedah atau dua jenis pilihan dalam membentuk vagina iaitu penile inversion dan satu lagi ialah penggunaan colon. Penile inversion memakan kos lebih kurang USD 8,000 manakala kaedah colon bermula USD 20,000. Itu hanya kos membentuk vagina, belum lagi lain-lain kos seperti hormon terapi, breast implant, buang bulu and so on. Begitu juga dengan SRS untuk FTM di mana, terdapat beberapa jenis kaedah penukaran seperti Phalloplasty dan Metoidioplasty iaitu pembentukan penis, satu proses yang rumit dan berisiko tinggi. Di Thailand kos keseluruhan untuk FTM termasuk mastectomy (top surgery), hysterectomy, unilateral salpingo-oophorectomy (penyingkiran ovari dan  tiup fallapio), urethroplasty (kaedah memanjangkan tiub untuk membawa air kencing keluar melalui penis), pakej bermula USD 23,OOO, tiga hingga empat kali lebih murah dari kos di USA.
Bergantung pada medical and health care sesebuah negara, di sini, semuanya ditanggung pihak insurance, bermula dari psikoterapi, hormon terapi hinggalah ke sex reassgiment surgery.

Proses ini didahului dengan mengdiagnosis gender dysphoria dalam diri subjek yang berusia 18 tahun ke atas. Di sini, ia memakan masa selama 18 bulan sebelum proses pembedahan dijalankan. Surat sokongan dari  psychologist dan tulisan sendiri tentang riwayat hidup diperlukan bagi mendapatkan hak ini. Tanpa kedua dokumen, pembedahan tak diizinkan. Ini perlu kerana sesetengah mereka terlalu muda dan tidak pasti dengan apa yang sedang mereka alami, bagi mengelakkan kesulitan dimasa akan datang seperti penyesalan dan mahu kembali ke jantina asal.

Dalam proses terapi, mereka akan diberi hormon untuk permulaan. Progesterone diberikan kepada FTM sebelum Testosterone, untuk menghentikan menstruasi. Natural Progesterone sangat berkesan untuk menghentikan monthly cycle tapi perlu berhati-hati kerana kebanyakan pesakit confuse dengan natural dan sintetik progesterone. Natural Progesterone sering digunakan dalam mengatasi masalah PMS,  PCOS, estrogen dominance juga menopause. Terdapat transman yang mengambil pil perancang untuk menghentikan menstruasi tetapi ini adalah amat merbahaya kerana pil perancang mengandungi kedua Estrogen dan Progesterone. Oleh sebab itu, di sini, progesterone hanya dikeluarkan dengan prescription. Tak ada over the counter walaupon banyak dijual di onlineshop. Selepas dua hingga lima bulan, mereka akan meneruskan hormon terapi dengan pengambilan testosteron.


Testosterone secara perlahan-lahan akan menukar fizikal individu FTM. Ini berbeza bagi tiap individu mengikut gen masing-masing. Antara kesan-kesan pengambilan T adalah :-

  • Suara lebih dalam dan pita suara memanjang. (Efek kekal).
  • Buah dada tidak akan hilang hanya dengan pengambilan T, bagaimanapon ia mengurangkan lemak-lemak, menjadikan ia kurang firm. 
  • Pertumbuhan bulu di muka dan badan. Efek ini kekal.
  • Klitoris membesar dan peningkatan libido (bergantung individu).
  • Perubahan struktur tubuh dari penyusunan sel-sel lemak.
  • Jerawat, kulit menjadi lebih berminyak dan kasar.
  • Male pattern baldness atauandrogenic alopecia, iaitu keguguran rambut.
  • Kehilangan lemak dimuka menjadikan muka lebih bersegi, penampilan maskulin.
  • Berhentinya menstruasi.
  • Peningkatan nafsu makan dan energi.

Kesan-kesan ini ada antaranya irreverseable dan ada yang tetap seperti suara walaupon selepas menghentikan T. Seandainya individu berkenaan menghentikan testosterone, fizikal mereka akan kembali feminin, menstruasi akan datang semula. Tapi suara tetap kekal kasar, bulu-bulu tetap tumbuh.


Individu MTF pula diberikan estrogen untuk membawa ciri-ciri sekunder wanita pada fizikal mereka. Sama seperti FTM, kesan-kesannya adalah seperti berikut :-

  • Estrogen tidak akan menukar pitch, bagaimanapun cara bertutur dan nada, praktis dapat mengubah ia.
  • Buah dada membesar, bergantung genetik. Selepas dua atau tiga bulan estrogen, ia menjadi lebih sensitif. Jarang yang mendapat B cup, walaupun selepas dua tahun estrogen. Untuk mencapai saiz maksimum buah dada mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.
  • Pengurangan bulu, tapi bukan keseluruhan.
  • Penis mengecil, less erection.
  • Pengurangan jisim otot.
  • Struktur tubuh menjadi lebih feminin.
  • Pembentukan lemak dimuka, menjadikan muka lebih bulat/feminin.
  • Kulit menjadi lebih lembut.
  • Libido lebih terkawal (bergantungindividu).

Majoriti menganggap keputusan untuk menukar jantina ini adalah tidak masuk akal sama sekali, sesuatu yang mustahil, dan dah tentu banyak argument berkaitan agama. Ada yang pernah bertanya, tak boleh ke rawat dorang ni dengan bagi hormon je? Jawapannya tidak. Hormon hanya menjadikan mereka lebih maskulin atau feminin, tapi tidak sama sekali mengubah perasaan, jiwa, roh, hati, fikiran atau apa saja namanya. Tubuh hanyalah bentuk materi, manakala jiwa adalah abstrak. Ini takkan terusik walau lepas mati. Yang hancur hanya jasad, jiwa yang tinggal tu tetap sama.

Sekiranya sewaktu menjalani terapi mereka merasakan kelainan, ketidakserasian, tak selesa, tak betul, jadi mereka akan menghentikan terapi tersebut. Sebab itulah masa selama 18 bulan diberikan untuk mengkaji jiwa bersama doktor-doktor yang bertauliah dalam perkara ini.

Diskriminasi tak sepatutnya menjadi isu, bagi kita yang bertamadun di mana sains dapat menghuraikan tiap sesuatu. Tidak terciptanya sesuatu tanpa sebab, jadi tidak sepatutnya ada alasan yang menghadkan kebebasan bersuara, berfikir dan memilih. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang percaya pada Tuhan, sepatutnya mereka ini lebih faham tentang hak, bukannya menjadikan agama untuk mengawal orang lain.
Apa gunanya paksaan? Apakah kesan-kesannya?

Reasoning and critical thinking are far more beneficial than blind faith.

TUKAR JANTINA TUKAR JANTINA Reviewed by Ray FL on Tuesday, February 23, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.