SIMPATI


Kau datang mencari aku waktu kau sunyi
Kau datang padaku bila kau sepi
Nyanyikan aku lagu rindumu
yang tak berirama, tiada nada.

Sendu hatimu,
cuba miliki perhatianku
Terus kau bawa dirimu
mencintai aku.

Dukamu, aku simpati
Sepimu, aku megerti
Lukamu, aku ubati
Senyummu, tangismu, ketawamu
Melukakan aku
yang tak pernah merasakan
Kewujudan cinta ini.

Tiada rindu apalagi  cinta
Pernahkah kau fahamkan,
Aku sekadar simpati?



SIMPATI SIMPATI Reviewed by Ray FL on Friday, February 12, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.