SANDARKAN PADA KENANGAN


Manusia hidup mencari kebahagiaan dan kebahagiaan tu dapat ditemukan di mana-mana. Dalam diri manusia lain, dalam keseorangan, dalam kesunyian, dalam lingkungan kawan-kawan atau keluarga malah waktu bersama binatang kesayangan sekalipon. Tapi mengapa kebahagiaan itu bersifat sementara? Kebahagiaan sebenarnya satu evolusi, bersifat continual, bukan kekal. Oleh sebab itu makin dicari, makin tak jumpa. Bila kita mengembangkannnya, ia akan membesar, begitu juga sebaliknya bila kita berhenti, maka ia pon mengecil, kecil dan hilang. Sounds natural, right?

Cinta membuat manusia bahagia, betul ke? Betul. Tapi jangan lupa bahawa cinta itu juga merupakan satu tanggungjawab. Apa makna cinta kalau tak ada tanggungjawab? Habis. Hancur. Musnah cam tu je. Disamping memberi tekanan kepada pasangan, ia turut menekan hidup kita sendiri. Siapa yang tak nak hidup bahagia selamanya bersama orang yang dia sayang? Tapi camne caranya nak kekalkan hubungan tu, buat dia merasa macam hari pertama jatuh cinta? Adakah ini mustahil? Ramai yang mengalami selepas beberapa waktu hidup bersama, perasaan tu mula bertukar. Ada yang jadi bosan dengan pasangan, ada je yang tak kena, seks dah tak sedap, bontot dah tak mantap, tenaga dah lemah, lauk kurang masin, rambut dulu lawa dah jadi cam mak lampir, perangai dulu sopan dah jadi tak senonoh, kentut yang dulunya wangi tetibe jadi busuk, body dulu bergetah dah bertukar jadi ayam gajah, etc. Macam-macam hal dan alasan yang timbul. Hal kecik jadi besar, lama-lama meletup, bercerai-berai. Mana yang ada anak tu pulak, anak-anak la yang akan jadi mangsa kesan jangka masa panjang. Berbalik pada soalan tadi, adakah ia mustahil untuk menjadikan tiap hari hari pertama kita kenal dia?

Nothing is impossible and impossible is nothing.

Apa yang diperlukan dalam membina hubungan harmoni agar ia berkekalan sampai tua bangka, sampai mati?

  • Ia bermula dari dua manusia yang kenal diri sendiri. Mereka tau apa tujuan hidup dalam mencari dan mengembangkan kebahagiaan.
  • Dua hati yang bergabung menjadi satu untuk mematangkan kebahagiaan secara berterusan. Tak semestinya mendadak, lebih baik secara perlahan, macam menanam biji benih, biar dia bertunas, berputik dan membesar secara alamiah.
  • Tanggungjawab.
  • Kejujuran dalam proses mencari dan mengenal diri masing-masing.
  • Percaya.
  • Setia dan ikhlas.
  • Hormat-menghormati.
  • Saling memahami.
  • Menghargai dan berterima kasih.
  • Maaf-memafkan.
  • Kompromi.
  • Buangkan sifat ego / pentingkan diri sendiri.

Ini antara common tips yang semua orang tau. Ada banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi benda ni, bukan dipraktik semua orang.

Mengapa orang tua kita boleh stay together, forever? Kadang-kadang kita sendiri nampak banyak masalah dorang, kadang-kadang kita dengar dorang bertengkar tapi tetap dorang maintain bersama sampai akhir hayat. Tidakkah itu sesuatu yang indah? Jawapannya ada pada tanggungjawab.

Cinta adalah persahabatan agung antara dua jiwa yang tak kan mudah dipatahkan biar dicuba apa jugak dugaan. Inila yang kita sebut soulmate. Selisih faham, bertengkar, merajuk, cemburu, sakit hati tu, siapa boleh elak? Lumrah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Aku dengan bini aku pon selalu berdebat, tapi bukan dengan cara ikut ego, ikut perasaan, bukan dengan meninggikan suara, sebaliknya duduk baik-baik, bukak tingkap, buka pintu, bukak mata, berbincang dari hati ke hati. 25 tahun aku dengan dia, mengharung persahabatan, menggeledah selisih faham, mendamaikan cemburu, memujuk rajuk, mengubat sakit hati, menghadap masalah-masalah lain... kenapa masih dengan orang tu jugak aku kekal sedangkan godaan ada kat mana-mana, tapi sikit tak menjejaskan perasaan kami. Mengapa? Sebab dalam menempuh semua tu, kami tak pernah tergelincir dari landasan kasih sayang dan tak pernah lupa pada asas cinta yang sama-sama dibina. Cinta yang kukuh mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri. Tanggungjawab untuk membawa bahagia kepada pasangan, memahami dia, mendengar, menjadi kawan yang baik, juga menjadi kawan baik dan menghargai kewujudan masing-masing juga persahabatan itu sendiri.


Rasa percaya terbit bila kita mampu bersikap jujur dan ikhlas dalam hubungan. Percaya tu, sekali dikhianati, susah nak betulkan dah. Kalau diteruskan makin sakit. Makan hati berulam jantung kata orang. Minta maaf tu memang senang, memaafkan pon adakalnya senang, tapi untuk bina balik rasa percaya tu memang payah. Makan masa dan kekuatan hati. Jadi, sebelum buat benda, fikirla panjang-panjang, jangan main bedal je, esok bini / laki lari kau jugak yang merana akibat pengkhianatan yang kau buat sendiri. Tak baik aniaya orang. Ini yang paling penting dalam menjaga hubungan. Percaya.

Kita mesti selalu bertolak ansur dalam menerima dan memberi pendapat masing-masing dengan hati yang ikhlas. Buat benda dengan hati tak ikhlas memang tak berkat. Kat sini aku senaraikan contoh-contoh petua aku dan dia dalam menjadikan tiap hari sama cam hari pertama.

  1. Mengenang. Sandarkan semuanya pada kenangan. Betul, lagu Ogy dengan Jamal tu. Bila kita kenang satu persatu, singkap balik bibit-bibit cinta, kasih sayang tu akan kembali membara, menyala-nyala, berbunga-bunga dalam hati. Perasaan pon jadi muda, rasa macam remaja tengah naik, hormon berebut-berebut nak keluar. Time tu la cinta membuak-buak. Bila mengenang, perasaan ni datang semula dan bila diulang-ulang diteruskan, ia akan selalu kat situ dengan kita. Aku kalau bini aku merajuk atau apa je la yang mengusik hubungan kami, aku akan tanya kat dia, "apa yang harus kita lakukan?" Itu biasanya akan buat dia tersenyum dan cium aku sambil jawab, "kita sandarkan pada kenangan." I heart my wife, very dearly.
  2. Jarak. Kadang-kadang menjarakkan diri amat membantu bagi menguatkan percintaan. Saat jauh dan bersendirian, kita lebih dekat dan makin faham pada diri kita sediri. Dengan jarak jugakla timbulnya rasa rindu yang dalam. Rindu menguatkan rasa, mengembalikan kenangan yang indah-indah. Disebabkan tugas, selalu kami berjauhan. Kadang-kadang sebulan, dua bulan, tiga bulan. Paling lama 7 bulan. Fuhhhh... memang tak tahan, bro... nak-nak lagi zaman kami dulu tak ada teknologi canggih cam sekarang ni. Dulu takat ada email, chat, surat, telefon. Bill punya mahal. Sekarang semuanya murah, mudah. Tapi, disebabkan jarak tu jugakla, cinta kami makin meledak-ledak. Berbaloi penantian. Bila jumpa balik, memang tak nak keluar bilik. Tapi kalau sebab jarak, kau main kayu tiga, pepandai la kau handle consequencenya.
  3. Menerima semua kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak mencari kesempurnaan, sebaliknya membina kesempurnaan itu bersama-sama. Tak ada apa yang sempurna dalam dunia ni. Semua benda ada defek dia. Cuma cara kita memperbaiki defek tu yang memainkan peranan dalam membentuk kesempurnaan.
  4. Masa berkualiti. Semua benda bergerak dengan masa. Tanpa menghabiskan masa berkualiti bersama, kita akan rasa lebih jauh dengan pasangan kita, walaupon kita dekat secara fikzikal, tapi spiritually, kita sebenarnya jauh. Perkara paling penting dan paling dituntut oleh bini aku dan amat aku setuju adalah memberi masa berkualiti bersama tak kira di mana dan bagaimana. Berikut adalah contoh-contoh benda yang kami selalu buat sama-sama yang dah jadi rutin kami.
  • Hobi. Berkongsi minat dan hobi dengan orang yang kita sayang memang satu cara yang baik dan terapi yang sangat efektif dalam sesebuah hubungan.
  • Muzik dan seni. Mencerita dan mengungkap rasa ada banyak cara. Muzik dan seni adalah salah satu darinya.
  • Berdansa. Selain satu exercise yang baik untuk kesihatan tubuh, menari memang satu terapi yang cukup-cukup ajaib untuk buat kita jatuh cinta lagi dan lagi dengan orang yang sama. Tak caya, try. Menari maksud aku sini bukan menari terkinja-kinja macam bangang dalam disko, g clubbing, mabuk-mabuk, pekena pil, minum todi ke apa, tapi menari yang ada seni dia. Kat rumah lagi sesuai. Try la tango, merengue, bachata, zapin ke, sumayau ke. Kenal budaya.
  • Berjalan dalam hutan, camping, fishing, dekatkan diri dengan alam. Mendekatkan diri dengan alam dapat menyerap tenaga positif dalam diri kita. Sebab tu kita rasa tenang bila kita berjalan-jalan tepi sungai, tepi laut berbanding berada di tengah kesibukan kota dan orang ramai.
  • Haiwan peliharaan. Bagi kami yang tak mampu untuk memiliki zuriat sendiri, haiwan perliharaanla penggantinya. Sama cam ada anak, buat yang tak ada anak, haiwan peliharaan adalah pengerat kasih sayang. Sebabkan mereka, anak-anak dan haiwan kesayangan, kita akan menjadi lebih bertanggungjawab. Keselesaan dan keperluan mereka lebih kita utamakan. Oleh sebab itu, kita berganding bahu untuk menjamin kebahagian mereka, untuk kita sekeluarga, demi masa depan bersama.
  • Meditasi. Ikut kepercayaan masing, buatla apa jenis meditasi bersama. Try telepati. Ni memang favourite aku dan bini aku. Benda ni kami praktikkan sejak tingkatan tiga.
  • Sering berbincang tentang apa jugak perkara. Straight to the point, bersikap terbuka, bertukar fikiran dan pendapat. Pendek kata tak ada rahsia. Bila kita benar-benar cintakan pasangan kita, berkongsi rahsia bukanlah satu benda yang payah untuk dilakukan. Berahsia dengan pasangan adalah punca syakwasangka dan keraguan. Ini tak sihat sebab dari situ nanti wujud ketidakjujuran, pengkhianatan dan yang sewaktu dengannya.
  • Melawat bukan melancong. Melawat tempat-tempat yang tak bernasib baik, negara-negara miskin, menginsafi kekurangan mereka dapat membantu kita mensyukuri apa yang kita ada. Berkongsi pengalaman tu dengan pasangan dapat memupuk keperibadian, berkongsi apa yang ada untuk membantu. Kepekaan dan kasih sesama manusia yang dihulurkan kepada yang lain tak kira siapa atau apa akan terpantul semula ke dalam diri, dinikmati bersama dia yang turut mengalami.
  • Lupakan tentang material. Kebahagiaan sebenar bukan terletak pada material, tapi spiritual. Cukup dan syukur dengan apa yang ada, tak payah nak kejar dunia, kita takkan pernah puas kalau kita kejar dunia. Bila kejar sangat dunia ni, kita lupa pada pencarian awal kita. Keluarga terabai, kasih sayang pon layu sebab leka dan sibuk cari harta dunia yang takkan pernah cukup dan tak akan kekal.
  • Masak sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Bangun sama-sama. Mandi sama-sama.
  • Seks. Kerjasama paling ajaib bila kena dengan cara dan seninya. Bukan main belasah je. Perempuan sangat sensitif dan mereka amat menghargai sentuhan lembut dan foreplay. Lagi lama foreplay lagi bagos, lagi mengghairahkan, lagi besar orgasm yang akan menyentuh keseluruhan fizikal dan spiritual masing-masing. Dalam seks juga perlu ada perbincangan, tentang apa yang kita suka, apa yang lebih merangsang, apa yang buat kita turn off... bincang hati ke hati. Pillow talk, erotic massage, kamasutra, semua tu dapat mengeratkan kasih sayang dan cinta. Seks itu indah, suci. Seks bukan penyatuan tubuh semata-mata, tapi adalah penyatuan hati dan jiwa. Kepuasan sebenar dalam seks bukan sekadar memenuhkan permintaan nafsu, tapi mencapai orgasm bersama yang bermula dari tubuh, meresap dalam jiwa hingga ke akar-akarnya.  
Bergantung pada kegemaran dan compatability antara korang dan pasangan korang, luangkanla masa bermutu dengan dia yang korang cinta. Pasal bagi hadiah ke, bagi bunga ke, celebration ke apa, tu ikutla kreativiti masing-masing.

Buatla magik bagi menyentuh hati dia sebagaimana hari pertama dia kau sentuh. Bukannya susah asalkan dibuat dengan ikhlas, berasaskan cinta yang lahir dari dasar hati yang paling dalam. Jangan cemarkan kesucian tu dengan memberi sentuhan pada orang yang tak sepatutnya. Kalau rasa dah tak nak lagi dengan bini / laki korang tu, dah tak leh blah, baik terus terang je. Memang menyakitkan tapi adalah lebih baik disakiti dan menyakiti dengan kejujuran dan kebenaran daripada dibelai dan membelai dengan tipu daya dan ketidakjujuran. Cintai dia sebagaimana korang mau dia mencintai korang.
Kesempurnaan itu dibina, bukan untuk dicari. Cinta tak datang tiap hari. Hargaila dia yang menghargai kita.
SANDARKAN PADA KENANGAN SANDARKAN PADA KENANGAN Reviewed by Ray FL on Tuesday, February 23, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.