ORIENTASI SEKSUAL


Isu sensitif yang tak habis-habis disalah erti. Menyedihkan lagi, ramai yang lebih suka menghina dari memahami. Tapi, bukan ke itu lebih baik? Sebab orang yang suka menghina ni sebenarnya manusia jujur. Jadi, senyum je kat dorang, sebagai tanda terima kasih, tak payah nak hangin. Orientasi seksual. Topik ni, boleh kita lihat dan bincangkan dari beberapa perspektif iaitu spiritual, psikologi, sains dan agama.

Untuk memahami lebih menyeluruh tentang pergolakan di dasar diri individu yang menghadapi permasalahan dalam perkara ini, perlu kita kupas dulu tentang asas-asas orientasi seksual. Ia adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan tentang ciri-ciri emosional, tarikan seksual dan juga perasaan romantis yang ada dalam diri kita.

Biasa kita dengar dan nampak golongan yang dipanggil pondan, nyah atau pengkid, butch, dyke untuk perempuan. Orientasi seksual menghuraikan lebih dari itu kerana ia merupakan tunggak utama siapa diri kita, menjadi cermin jiwa dan menghargai kebenarannya sesama manusia adalah perkara penting dari segi kerohanian atau spiritual. Jiwa, yang berhubung rapat dengan fikiran adalah sesuatu yang tak terlihat dan tak siapa dapat menjangkaunya kecuali pemilik. Kedua itu ditugaskan untuk mengendali mesin yang kita panggil tubuh. Semua tindakan kita, ditentukan oleh jiwa dan fikiran. Merekalah yang bertanggungjawab untuk pergerakan kita, kata-kata, emosi dan tindakan. Oleh sebab itu, orientasi seksual yang berkait rapat dengannya menghuraikan tentang tarikan seksual individu berhubung dengan gender. Gender, seks dan seksualiti, masing-masing mempunyai huraian khusus.

Sewaktu dilahirkan, jantina kita ditentukan secara biologi tetapi ia tidak semestinya selari dengan gender. Kedua ini tidak identikal. Seorang yang dilahirkan sempurna dengan organ seks lelaki atau perempuan berkemungkinan merasakan bahawa mereka dilahirkan dalam tubuh yang salah. Ini terjadi dalam anggaran nisbah  antara 1 : 250 dan 1 : 500 yang dilahirkan transgender, hasil kajian Profesor Lynn Conway dari University of Michigan.

Seks merujuk kepada perbezaan fizikal dan psikologikal antara lelaki, perempuan dan juga interseks. Ini termasuklah karekteristik utama iaitu sistem reproduktif dan juga karekteristik kedua iaitu bentuk fizikal, seperti buah dada, bulu dada, misai, halkum, suara dan semua yang berkaitan.

Umumnya dianggap sebagai socially constructed concept, gender ditafsirkan sebagai perbezaan budaya atau sosial berkaitan jantina biologi iaitu kondisi di mana sama ada individu merasakan dirinya adalah jantina yang berlawanan dengan jantina biologi atau mereka merasakan kesamaan antara keduanya.

Bagi individu yang merasakan kelainan tersebut, ia menjadi pergolakan jiwa yang rumit yang dipanggil gender dysphoria, di mana ia memerlukan khidmat pakar psikologi untuk menentukan jika mereka benar-benar menghadapi gender identity disorder (GID).

Perbezaan keberadaan individu di dalam fizik mereka, ciri-ciri psikologi atau behavior yang berkait atau tidak berkait dengan jantina, diistilahkan sebagai Identiti Gender. Individu yang memiliki jantina biologi dan gender yang selari dikenali sebagai cisgender, sementara individu yang merasakan jantina biologi berlawanan dengan gender mereka dikenali sebagai transgender.

Setiap kita mempunyai keinginan seksual, ini fitrah bagi semua kehidupan. Seksualiti adalah keinginan seksual individu, secara emosi, romantik, psikologi, fizikal dan ketertarikan terhadap individu lain. Ia juga mendifinisikan tentang keupayaan untuk memberi dan mengalami tindak balas erotik.

Intersex, sama ada dalam haiwan atau manusia, menerangkan tentang variasi dalam karekter seks, melibatkan anatomi atau kromosom yang tidak selari dengan jantina. Mereka boleh jadi dilahirkan memiliki kedua jenis alat kelamin atau memiliki kromosom XXY, dikenali dengan istilah khunsa/ hermaphrodite/ androgyny /epicene, gynandromorph.

Seksualiti adalah satu perkara penting dalam kehidupan, bukan saja kerana ia memainkan peranan utama dalam reproduksi, malah ia juga titik utama bagaimana kita melihat diri kita. Dari situ kita memerhatikan dan menilai siapa kita, apa yang kita perlukan dan apa yang penting demi mencapai ketenangan dan kebahagiaan spiritual.

Orientasi sexual terbahagi kepada dua kumpulan major iaitu Heterosexual, juga kita panggil straight atau tarikan seksual antara lelaki dan perempuan. Homoseksual pula merujuk kepada individu yang tertarik kepada sesama jenis dan menolak 100% hubungan dengan jantina bertentangan.
Kedua-dua ini melibatkan emosi dan sense of identity, iaitu mengenali siapa diri kita yang sebenar. Ia tidak semestinya bergantung kepada sikap luaran atau penampilan individu semata-mata. Akarnya ialah jiwa, rasa dan fikiran. Ada wanita yang begitu feminin, tetapi tidak tertarik langung dengan lelaki, begitu juga sebaliknya dengan lelaki yang maskulin.

Selain itu, terdapat beberapa kategori minor dalam orientasi seksual seperti :-

  1. Bisexual atau tarikan seksual kepada kedua-duanya jantina. Mereka mampu melakukan hubungan dengan mana-mana jantina. Terjadinya ini mungkin disebabkan kekeliruan, ketidakpuasan seksual terhadap pasangan dan rasa ingin mencuba. Secara moral, ia bukanlah sesuatu yang sihat kerana kebanyakan mereka sering bertukar-tukar pasangan tidak mengira jantina. Kecenderungan seperti ini adalah satu penyakit sosial, tidak kira apa orientasi seksual kita.
  2. Mereka yang tidak memiliki identiti gender dikenali sebagai Agender/Genderless.
  3. Asexual diberikan kepada individu yang tidak sama sekali merasakan tarikan seks sama ada dengan lelaki atau perempuan.
  4. Agama merupakan salah satu faktor bagi individu Graysexual, iaitu mereka yang tidak berminat dan tidak mempunyai keinginan terhadap sex. Bagaimanapun, mereka masih mampu melakukan hubungan seksual meskipun dengan kekurangan ghairah dan keinginan dengan sebab yang berbagai contohnya, demi kepuasan pasangan dan juga keinginan untuk meneruskan keturunan.
  5. Individu Heteroromatic adalah mereka yang tertarik kepada jantina bertetangan tetapi tidak semestinya secara seksual.
  6. Pansexsual sering digunakan oleh golongan transgender atau genderqueer di mana individu tertarik kepada mana-mana kategori gender. Tarikan berdasarkan individu, bukan diri yang sebenar.
  7. Androsexual pula merujuk kepada individu yang tertarik kepada lelaki atau mana-mana individu yang mempunyai ciri-ciri maskulin.
  8. Bagi individu yang berminat kepada kedua lelaki atau perempuan, secara khususnya kepada individu lain yang berperwatakan androgynous, mereka dilabelkan sebagai Androgynosexual.
  9. Ada juga antara manusia yang lebih senang mengamalkan masturbasi dan tertarik pada diri sendiri. Mereka ini kita panggil Autosexual.

Di atas adalah contoh-contoh antara berbagai istilah dalam orientasi seksual. Terdapat berbagai-bagai nama, istilah dan penghuraian, walaubagaimanapun, apa juga label yang diberi, orientasi seksual ditentukan oleh psikologi, gender dan jantina individu. Namun begitu, ada juga antara kita yang memilih jalan ini atas faktor pengaruh persekitaran, pengaruh kawan-kawan, trend, rasa ingin mencuba atau akibat kekecewaan.

Perlu difahamkan bahawa orientasi seksual bukanlah satu pilihan. Ia datang dari dasar jiwa yang semulajadi, yang ada penjelasan saintifik dan agama, bukan mengikut hawa nafsu yang mengawal akal. Malangnya, generasi kini lebih mementingkan kepuasan dan kebebasan, menolak untuk mencari kebenaran dan gratifikasi spiritual apalagi mengkaji dengan teliti setiap satu sebab dan akibatnya. Moral adalah tunggak utama dalam membina peribadi, tetapi ia tak bermakna apa-apa bila diambil mudah.
Tak ada siapa memilih untuk menjadi homoseksual atau transgender, sebaliknya mereka dipilih demi membuka mata masyarakat tentang kuasa Pencipta dan rahsia-rahsiaNya.

Menghina ciptaan Tuhan, bererti kita menghina Tuhan.
Perhatikan alam, belajar dari mereka,
banyak jawapan di sekeliling kita, asalkan kita mahu mencari, peka dan humble dalam pencarian. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri kita sendiri, supaya kita tahu di mana kita berpijak, ke mana arah kita. Untuk kita lengkapi spiritual dan menyedari betapa bertuahnya kita menjadi pilihan itu kerana ia mendekatkan kita kepada Hakikat Kebenaran tentang fitrah alam, bagi yang mahu memikir dan menilai dari sudut yang kompleks, mengembangkan tiap huraikan secara terperinci, bukan menurut nafsu dan khayalan semata.

Ilmu tak datang mencari, ilmu untuk yang mencari.
ORIENTASI SEKSUAL ORIENTASI SEKSUAL Reviewed by Ray FL on Sunday, February 21, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.