GILA


Hidup ini satu kegilaan
Manusia gila
Gila harta
Gila nama
Gila pangkat
Gila kuasa
Gila perempuan
Gila jantan.

Nafsu buat manusia jadi gila.
Manusia lupa pada perjanjian
Terlalu leka mengejar bayang sendiri
Manusia menjadi kejam atas ketamakan
Lapar dan gelojoh
Mabuk menyumbat tembolok,
Manusia tak pernah kenyang.

Manusia tuli dan buta
Matanya terbuka hatinya gelap
Manusia mendengar tapi tak faham
Tiada rasa, tiada jiwa
Matilah engkau ditimbus mimpi siang.

Manusia,
bandingkan dirimu dengan binatang
Lihat siapa yang lebih berperasaan
Dan siapa yang dungu
Bersama akal yang diberi percuma.

GILA GILA Reviewed by Ray FL on Monday, February 01, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.